Hiburan

Mark Adam risau keadaan ibu di Filipina

“MEMANG saya risau dengan keadaan Covid-19 di Filipina sebab saya ada ibu seorang sahaja. Ayah pula dah tiada”.

Itu luahan hati penyanyi, Mark Adam ketika ditanya mengenai kerisauannya terhadap ibu yang yang kini berada di Filipina.

Apatah lagi dengan sempadan negara yang masih belum dibuka membuatkan Mark hampir setiap hari bertanya khabar dengan ibunya.

Jumlah pesakit Covid-19 di Filipina kini sudah mencecah 83,637 orang dengan angka kematian sebanyak 1,947 orang.

Menurut Mark, faktor umur ibunya, Florinda Macaraig Echivarre yang kini berusia 60 tahun juga merisaukannya.

BACA> Ada 500k followers IG, baru diambil berlakon

“Orang yang lebih berusia memang mempunyai kesan yang tinggi jika terkena Covid-19 dan sebab itu saya risau.

“Boleh kata hampir setiap hari saya hubungi mereka untuk bertanya khabar dan menasihatkan supaya mereka menjaga diri,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single baru berjudul Teh Terakhirku yang turut menampilkan Shuib dan Zynakal di Kota Damansara, semalam.

Kali terakhir berjumpa dengan ibunya pada Januari lalu, Mark akur yang dia kini perlu bersabar dan patuh pada pematuhan operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Jelasnya, dia juga berharap supaya kerajaan Filipina dapat mengambil tindakan yang sama seperti kerajaan Malaysia dalam menangani Covid-19.

BACA> Atta Halilintar dibenarkan nikah di stadium keramat Indonesia

“Apa yang saya tahu hampir setiap kampung di sana telah dikawal dan disekat daripada keluar.

“Tetapi itulah, dengan jumlah penduduk sebanyak 300 juta, memang sukar untuk mengawal dan meminta supaya semuanya patuh pada arahan,” jelasnya.

Tambah Mark, dia bersyukur kerana ibunya telah berpindah kini ke kawasan yang berpagar dan dilindungi pengawal. -SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button