Hiburan

Violin, biola, celo: Konsert Lefthanded Fourty Years Rockestra di Plenary Hall KLCC

EMPAT dekad bersamaan dengan 40 tahun lamanya berada di atas pentas hiburan dengan perjalanan turun naik sebagai artis berkumpulan tanah air, Lefthanded bersama vokalisnya, Datuk Nash pada 3 Jun nanti bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau KL Convention Centre (KLCC) akan melangsungkan Konsert Lefthanded 40 Tahun Bersama Orkestra atau Lefthanded Fourty Years Rockestra.

Konsert berdurasi antara dua jam setengah ke tiga jam dengan jualan tiket serendah RM158 hingga RM588 bermula pada pukul 8.30 malam, meletakkan Rozario untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik.

Memberi gambaran awal, Rozario berkata, akan diadakan satu persembahan yang melibatkan orkestra.

Arrangement khas atau susunan muzik yang perlu dimainkan oleh orkestra kepada Lefthanded. Bukan sebagai pengiring kepada Lefthanded.

“Dibariskan 28 base orkestra arrangement yang berbaloi dan tidak dipecahkan sequel-sequel walaupun ada sequel. Kita tidak mahu persembahan bersama orkestra tidak memberi impak yang cukup.

“Oleh itu, ada arrangement baharu sama ada panjang pada intro atau solo,” jelas Rozario ketika diminta memberi gambaran awal apakah yang akan dapat dinikmati oleh para peminat Lefthanded pada 3 Jun nanti.

Ini kerana sudah pasti, hadirin dan peminat tegar Lefthanded tidak mahu menonton persembahan biasa-biasa sahaja.

Apatah lagi, diiringi oleh orkestra yang mana bayangan di dalam kotak pemikiran kita pastilah sesuatu yang gah dan vast!

AKSI spontan persembahan Lefthanded di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur usai sidang media menguar-uarkan tentang konsert mereka yang akan diadakan pada 3 Jun ini di Plenary Hall, KL Convention Centre. – SM

Rozario juga berkata, Lefthanded sebagai satu kumpulan lama berwibawa di mana beliau sendiri nak bermain dalam kumpulan legenda itu pun terasa “seram”.

“Kena praktis hari-hari supaya permainan dapat puaskan hati Man Kidal, Datuk Nash atau at par yang selesa. Orkestra juga kena tahu note-note, jadi mereka perlu masa panjang untuk mengisi ruang rehersal.

“20 lagu yang bakal dipersembahkan akan jadi lebih kepada satu bentuk karya kepada industri,” kata Rozario yang mungkin sibuk dengan tawaran lain tetapi beliau perlu memberi tumpuan dan melakukan yang terbaik untuk Lefthanded nanti.

Proses atau sesi latihan sudahpun bermula sejak minggu lepas lagi. Rehersal bermula dengan band Lefhanded kerana perlu mengambil kira usia vokalis, 63 tahun untuk beraksi di atas pentas persembahan nanti.

Sudah semestinya Nash tidak akan memaparkan persembahan Ketika usia mudanya tetapi selari dengan faktor usia, beliau masih mampu untuk menyakinkan para pengamal media yang hadir pada sidang akhbar petang semalam bahawa beliau mampu memberikan persembahan yang terbaik.

Mengambil kira faktor di atas jugalah, Rozario  berkata, pembikinan arrangement mula bergerak.

“Kita record secara beri asas idea untuk dimainkan dalam orkestra. Dari segi string atau alat muzik bertali, kita ada 28 string assemble..ikut kapasiti orkestra.

“Lazimnya apa yang berlaku ialah band akan bagi arranger buat sendiri apa yang boleh buat bersama Lefthanded tetapi ini tidak tidak berlaku untuk Konsert Lefthanded.

“Orkestra akan baca apa yang kita buat. Cuba bermain bersama harmoni , bersatu.

“Persembahan internasional akan bentuk arrangement as a band sendiri. Orkestra bermain bersama-sama,” kata Rozario dengan penuh yakin.

Pada sidang media petang semalam, tawkeh panggung atau penaja konsert, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Network Sdn. Bhd., Datuk Ab Razif Asmuni juga hadir.

Menjawab soalan wartawan, Razif berkata, kos produksi Konsert Lefthanded itu adalah sebanyak RM600,000 dan beliau juga yakin, pihaknya akan membuat keuntungan.

Tidak perlu menaja sehingga RM3 juta untuk mengadakan sebuah konsert atau persembahan berupa konsert yang mana akhirnya ia tidak menjadi realiti. Sekadar impian yang tidak kesampaian!

Selain Razif, duduk di barisan hadapan sidang media, sebaris dengan Nash, Man Kidal ialah Hazama sebagai artis undangan, Yazid Lovehunters dari Singapura, Ritz (gitar) dan Fly (bassis).

Tentulah Konsert Lefthanded ini, kata Nash, 40 tahun sangat bermakna bagi mereka dan selama sebelum ini, berusaha untuk berbuat sesuatu.

“Man Kidal orang sangat penting dalam pembikinan konsert ini. Latihan sebaik mungkin mulai dari minggu lepas.

“Sempena 40 Tahun, Yazit dari Singapura dan Hazama. Satu pendekatan hebat Hafiz anak arwah Man Dayak turut serta nanti,” ujar Nash.

Terus terang dan secara terbuka, Nash berkata, cetusan idea untuk mengadakan konsert ini datangnya dari Man Kidal.

Biarpun sudah masuk kategori artis berkumpulan yang lama, otai, legend, Nash yakin, Lefthanded masih lagi berkumandang dan ada penggemarnya.

Pada asalnya, Man Kidal merancang dengan Nash untuk mengadakan persembahan roadtour sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan lagi.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sebaliknya, ada hikmah apabila kata Man Kidal, beliau tidak menyangka impiannya untuk Lefthanded mengadakan konsert, disambut baik oleh Menara Network.

“Ini sangat spesial. Generasi baharu, band-band akan bersama Lefthanded. Dapatlah kongsi pengalaman dengan peminat,” katanya. – SM

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button