Politik

Langkah terjamin Anwar jadi PM hanyalah bekerjasama dengan Tun M

DAP berpendapat bahawa langkah paling terjamin bagi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya adalah melalui kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti Warisan.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, melalui kombo Dr. Mahathir-Anwar dan dengan sokongan DAP, Amanah, Warisan dan kumpulan penyokong Dr Mahathir dalam Bersatu, Anwar akan menjadi Perdana Menteri enam bulan setelah gabungan besar itu kembali ke tampuk pimpinan.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu, gabungan Anwar, Dr Mahathir, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, PKR, DAP dan Amanah akan mempunyai kualiti dan kekuatan yang mencukupi untuk menuntut kembali mandat yang telah diramapas oleh Perikatan Nasional.

Gabungan itu juga menurut Chin Tong, dapat membina pentadbiran yang berkelangsungan di mana kedua-dua kekuatan Dr. Mahathir dan Anwar akan tetap mendukung gabungan itu walaupun pemimpin mereka bukan perdana menteri.

Jelas Chin Tong, Walaupun berlakunya pilihan raya mengejut, gabungan Pakatan Harapan Plus yang berpadu mempunyai kapasiti, kemampuan dan sokongan orang ramai untuk menewaskan gabungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita memerlukan supaya kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama dalam satu pasukan.  Menggambarkan Dr Mahathir sebagai pihak lawan ialah asas yang salah. Musuh sebenarnya ialah Muhyiddin, Najib, Azmin Ali dan sekutu mereka dalam Perikatan Nasional.

“Jika berlakunya pilihan raya dalam bulan-bulan mendatang, Pakatan perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir, Anwar dan Warisan untuk menewaskan Perikatan Nasional,” tegas Chin Tong.

Dalam artikel yang ditulis di Roketkini  bertajuk Penyatuan Anwar-Mahathir satu-satunya harapan Malaysia, Pengarah Pendidikan Politik DAP itu turut menghala sasaran kepada Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut beliau, Hamzah bukanlah kawan mahupun sekutu Pakatan Harapan, sebaliknya dia sememangnya dari pihak lawan.

“Cubaan membeli ahli politik oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin di Sabah dengan tujuan menumbangkan kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan turut memberi isyarat siapakah musuh yang sebenarnya.

“Jika ada sesiapa dalam PH yang melayan Hamzah – salah seorang perencana Langkah Sheraton – sebagai sekutu berpotensi, individu tersebut sedang melakukan kesilapan yang amat besar,” kata Chin Tong.-SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button