Hiburan

Bapa mentua Marsha meninggal dunia kerana Covid-19

PENYANYI, Marsha Milan memaklumkan bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan Marsha menerusi akaun Instagram miliknya.

Pemergian bapa mentua Marsha itu turut dikongsikan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang mempunyai hubungan rapat dengan arwah.

“Arwah seorang yang umpama bapa kepada saya telah pergi mengadap Ilahi disebabkan Covid-19.

“Semua semua ahli keluarga tabah dan redha dengan ujian yang sangat berat ini.

“InshaAllah syurga buat baba (arwah) yang sentiasa membantu orang susah tanpa mengira apa cara sekalipun,” katanya.

Selain rakan selebriti, turut merakamkan ucapan takziah ialah penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga arwah. -SM

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button