Ekonomi

Malaysia runding buka penerbangan tujuh buah negara

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Malaysia sedang berunding dengan tujuh buah negara di rantau ini untuk mengembalikan operasi penerbangan berdasarkan perkembangan semasa penerimaan vaksin.

Ka Siong berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Airbus yang diketuai oleh Presiden Airbus Asia-Pasifik, Anand Stanley bersama Naib Presiden dan Ketua Airbus Malaysia, Raymond Lim serta Ketua bagi Projek Khas, Nizamudin Abdul Majid semalam.

Ka Siong dalam hantaran ke Facebook berkata, Airbus dan Malaysia mempunyai hubungan baik lebih dari 40 tahun. Kewujudan mereka di Malaysia membawa limpahan manfaat bagi sektor perniagaan syarikat multinasional, termasuk perkhidmatan pelanggan, helikopter, penyelenggaraan serta pertahanan dan ruang angkasa. Malaysia memiliki pusat penyenggaraan, pembaikan, dan baik pulih milik Airbus yang terletak di Sepang, satu-satunya pusat penerbangan global yang menyediakan perkhidmatan dari seluruh dunia.

“Anand memberitahu saya bahawa kepelbagaian kita, kumpulan tenaga mahir yang kompeten, sumber daya, dan daya saing membolehkan Airbus terus bertapak di Malaysia berbanding negara-negara Asia Pasifik,” katanya.

Kini lebih daripada 4,000 kakitangan dan pembekal yang bekerja dengan Airbus di Malaysia.


(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button