Politik

Eh! Poster orang lain, kau pula terasa pedasnya

Entah kenapa bukan calon Menteri Besar yang jadi poster boy PN sedangkan dia ni tak tanding PRN Johor pun.

Tapi dah kenapa? Abah tak sayang Johor ke? Itu hantaran Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri menyindir Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bekas Perdana Menteri.

Saya percaya Najib tidak baca komen-komen yang ditulis oleh pengikutnya.

Admin page berkenaan juga buat-buat tak nampak komen yang tidak gemar dengan cara Najib berpolitik.

Ada yang menyatakan rasa kecewa kerana Najib tidak habis menyindir dan mencaci sesama Islam dan bukannya politik membela rakyat.

Ada yang menyindiri kembali mengapa Najib tidak meletakkan poster beliau bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Bangak juga komen yang memuji Muhyiddin yang banyak membantu rakyat semasa menjadi Perdana Menteri dan meneruskannya walaupun sudah tidak mempunyai jawatan di dalam kabinet dan bukan hanya menyindir orang sahaja.

Hantaran tersebut seolah-olah memakan diri sendiri.

Sekurang-kurangnya Perikatan Nasional (PN) mengangkat pengerusi dan presiden parti komponen, berbanding UMNO tidak berani mengangkat poster presidennya sendiri.

Bertandinglah secara baik dan hentikan politik toksik.

Ramai juga yang meluahkan kekecewaan kerana pilihan raya negeri sengaja diadakan ketika wabak Covid-19 masih tinggi.

Pada masa yang negara baharu sahaja berdepan dengan bencana banjir besar dan kini Kelantan dan Terengganu mengahadapi musibah sama.

 

(Visited 736 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button