Hiburan

Mengenang kembali Sudirman di Malakat Mall, Cyberjaya

Satu program sempena mengenangkan kembali Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad  akan diadakan di Malakat Mall, Cyberjaya.

Antara barisan artis yang hadir bersama peganjur

Seperti mana yang kita tahu walaupun sudah tiga dekad penyanyi yang terkenal dengan lagu Chow Kit Road sudah bersemadi namun ingatan peminat terhadap penyanyi legenda itu akan kekal buat selama-lamanya.

Sudirman bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi Nombor Satu ketika itu malah beliau merupakan seorang usahawan, buktinya pada 1990 Allahyarham mengeluarkan air tin minuman jenama ‘SUDI’.

Objektif program ini diadakan untuk mengimbau kembali kejayaan muzik pada era 80-an dan 90-an yang pernah menjadi satu trend pada ketika itu yang mana secara tidak langsung, ia memberi pendedahan kepada generasi akan datang.

Menurut salah seorang penganjur  Yasstar, FarahWaheeda, selain menjayakan dua program ini turut mempromosikan usahawan kecil dan sederhana kepada orang awam  dari 14 sehingga 23 Julai, bagi tribute Sudirman pula diadakan pada 21 sehingga 23 Julai.

“Dalam program ini turut mengadakan Virtual Run yang akan dibuka pendaftaran pada 25 haribulan sehingga 10 Julai, pemenang akan diumumkan pada 22 Julai selain itu pertandingan Nyayian Sudirman talent contest, pameran koleksi peribadi peminat Allahyarham Datuk Sudriman Hj Arshad, pameran lukisan, Majlis bacaan Yassin, dan gerai jualan Selebriti serta usahawan tempatan.” Jelasnya ketika satu sesi sidang media diadakan di Malakat Mall.

Antara penganjur yang terlibat dalam program ini adalah Mawar Grandeur Event, Kamura & Yasstar dengan Kerjasama Malakat Mall serta sokongan daripada Sudirman Asset Management.

Rakan artis yang terlibat kumpulan Damasutra, Ekamatra, Melisa, Gersang, Headwing, Yassin Senario, SyanieAida Aris, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Selain itu Malakat Mall juga akan melancarkan Selebriti Hub yang akan dibuka secara rasmi di Aras 1 untuk menyatukan hasil/produk usahawan di kalangan selebriti tempatan.

Maklumat tambahan buat peminat Konsert Rock akan diadakan pada 15 dan 16 Julai di tempat yang sama.

Pemuda suara mirip Sudirman diintai 3 syarikat rakaman

The Bless Band, Arish mirip suara Sudirman bakal gegar Pentas Avenue

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button