Hiburan

The Bless Band, Arish mirip suara Sudirman bakal gegar Pentas Avenue

Sambutan Ambang Merdeka ke-65

Tiada sambutan hari kebangsaan ke-65 di Melaka termasuk ambang merdeka selepas dua tahun ia tidak dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19.

Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk di Melaka tertanya-tanya mengapa tiada sebarang sambutan hari kebangsaan atau ambang merdeka diadakan berbanding di beberapa negeri lain.

Begitupun bagi Selat Avenue di Riviera Pulau Melaka dekat sini bakal menyajikan menyambut Ambang Merdeka ke-65 malam esok bermula pukul 9.00 malam hingga detik 12.00 tengah malam.

Bagi memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka ke-65, pentas di Selat Avenue bakal menyajikan dua persembahan band iaitu The Bless Band dan The Romeo’s bagi mereka yang berhasrat berkunjung ke situ.

Arish Mikael Kamarulzaman atau Arish yang mendapat jolokan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.

Ketua The Bless Band, Mohd. Fakhruddin Amin berkata, selain persembahan dua band tersebut, kehadiran Arish Mikael Kamarulzaman atau lebih mesra dengan panggilan Arish mendapat jolokan suara persis penghibur legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

“Arish mempunyai keunikan suara yang mirip Allahyarham Sudirman bakal menyanyikan beberapa lagu popular khusus kepada pengunjung di Selat Avenue malam esok.

“Selain Arish, pemain biola cilik Adawiyah Farikh berusia 10 tahun yang pernah muncul dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 dan media sosial juga bakal membuat persembahan menarik malam Ambang Merdeka nanti,” ujarnya.

Mohd. Fakhruddin yang juga pemain gitar bass berkata, bandnya juga akan turut membuat persembahan bersama anggotanya terdiri daripada Shahriza Ahmad (gitar utama), Ahmad Omar Zaid (drum) dan Amirah Murshidah Nor Azman selaku penyanyi utama.

Dia yang juga bermain untuk Institut Warisan Melaka (INSWA) bersama Ahmad Omar berkata, cetusan idea bagi menganjurkan persembahan sempena sambutan ambang merdeka malam esok semata-mata mahu menyemarakkan sambutan hari kebangsaan ke-65.

“Selama dua tahun kita tidak dapat menyambut hari kebangsaan dan ini kali pertama kita memeriahkannya.

“Saya harap rakyat di negeri ini dapat datang ke Selat Avenue bagi memeriahkan sambutan Ambang Merdeka ke-65 malam esok,” ujarnya.

Selain itu katanya, pertunjukkan bunga api akan turut diadakan bagi memeriahkan sambutan itu menjelang detik 12.00 malam. – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button