fbpx
EkonomiHiburanLuar Negara

Elon Musk individu terkaya didunia, ketepikan pengasas Amazon ditangga kedua

Elon Musk, CEO Tesla Inc. dan pengasas syarikat pengeluar pengangkutan ke ruang angkasa, SpaceX kini merupakan individu terkaya di dunia, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Musk memperoleh peningkatan pada harga saham syarikatnya sebanyak 4.8% pada Khamis lalu dengan nilai bersih kekayaannya kini berjumlah US$188.5 bilion.

Musk sekaligus mendahului pengasas Amazon. Com, Jeff Bezos yang berada di kedudukan pertama individu terkaya di dunia sejak Oktober 2017.

Usahawan dan bilionair ini meraih nilai bersih lebih US$1.5 bilion daripada Bezos iaitu US$187 bilion US Dollar.


Malah, nilai bersih kedua-dua bilionair ini melambung tinggi tahun ini dimana harga saham Amazon meningkat dua kali ganda sejak Mac tahun lalu manakala Tesla memperoleh lebih daripada 700% sejak awal tahun 2020.

Pada tahun 2020, Tesla mengeluarkan sekitar 500,000 kereta dalam setahun dimana ianya menyumbang kepada kekayaan bersih Musk yang meningkat kepada US$150 bilion dalam setahun.

Tesla kini bernilai lebih tinggi daripada syarikat pengeluar kenderaan seperti Ford, Honda, BMW, General Motors, Daimler, Volkswagen dan Toyota.

Selain mereka, turut tersenarai jutawan dari China, Zhong Shanshan iaitu pemilik syarikat pembekal ubat, Wantai yang mengusahakan vaksin COVID-19, dan syarikat air botol terlaris di Asia, Nongfu Spring.

(Visited 54 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button