Hiburan

Tak sampai sejam, Khairul Aming jual 10 ribu botol sambal jenama sendiri!

Kalau anda suka tengok video masakan, anda pasti kenal dengan individu yang bernama Khairul Aming.

Khairul Aming sangat terkenal dikalangan pengguna media sosial kerana beliau suka berkongsi video masakan berdurasi satu minit dengan tagline “Hey whats up guys” lebih-lebih lagi bila tiba bulan Ramadan.

Beliau mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram dan merupakan antara individu yang mengetengahkan video masakan dengan pengikut paling ramai.

Mana tak nya…cara beliau menyunting video-videonya juga unikkan?

Baru-baru ini, Khairul Aming telah mengeluarkan produk sambal buatannya sendiri yang diberi nama Sambal Nyet Berapi dan dilancarkan pada Rabu lalu.


Apa yang mengejutkan ramai orang, Khairul Aming berjaya menjual 10,000 botol di Shopee dalam masa 54 minit!

Di akaun Twitter miliknya, beliau berkongsi rasa teruja dan terharu dengan sambutan orang ramai terhadap produk sambal pertama beliau ini.

“Alhamdulillah 10,000 botol Sambal Nyet, semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa..aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jugak. Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again.”, katanya.

4 hari sebelum Sambal Nyet Berapi dilancarkan, beliau berkongsi cara-cara membuat Sambal Nyet Berapi dari proses menyediakan bahan-bahan, cara penyimpanan sehingga ke proses penghantaran.

Jadi, tidak hairanlah sambal beliau ini habis terjual kerana Khairul Aming sudah beritahu awal-awal lagi tambahan pula beliau memang sudah ada pengikutnya sendiri.

Bijak kan! Marketing skill level A!

Dia juga berkata dia bersedia untuk menerima apa sahaja feedback dari orang ramai yang membeli Sambal Nyet Berapi dan akan cuba untuk tambah baik lagi sambal tersebut untuk batch seterusnya.

Maknanya……Khairul Aming dalam proses untuk siapkan Sambal Nyet batch kedua lah kan?

Di samping itu juga, warga net tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada beliau diatas perniagaan yang baru beliau ceburi ini.

(Visited 311 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button