Hiburan

Antara pengumuman bajet 2021 dan tarikh kahwin Ayda Jebat

PENGUMUMAN bajet 2021 tahun ini adalah antara yang ditunggu oleh rakyat terutamanya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

Ramai yang ternanti-nanti apakah imbuhan yang bakal diterima untuk oleh rakyat untuk mengurangkan beban yang dihadapi sekarang.

Tetapi, selain tumpuan terhadap bajet 2021, ada juga yang memberi tumpuan kepada pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang akan mengumumkan tarikh perkahwinannya hari ini.

Menurut Ayda, dia dan pasangannya, Nabil Mahir akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka menerusi saluran YouTube mereka, WuvvShow pada pukul 9 malam ini.

Sementara itu, Nabil turut berkongsikan maklumat yang sama.

“Akan ada 10 episod untuk berkenaan segala yang berkaitan dalam menuju ke hari bersejarah kami,” katanya.

Pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang lain.

Malah, ada juga yang sempat meneka tarikh pernikahan mereka antaranya termasuklah pada 20 November dan 20 Disember tahun ini.

Sebelum ini pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. -SM

(Visited 770 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button