Hiburan

Lesti lahir bayi pramatang

Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia Lesti Kejora selamat melahirkan di sebuah hospital di Jakarta pada 26 Disember 2021.

Menurut Rizky Billar suami kepada Lesti yang merupakan perlakon terkenal Indonesia, Lesti sepatutnya melahirkan bayinya pada Februari 2022. Waktu melahirkan ini lebih cepat dari jangkaan kerana penyanyi tersebut telah mengalami pendarahan gara gara terlalu kepenatan.

Detik-detik persalinan Lesti ditayangkan di Youtube mereka.

“Selalunya saya akan banyak bergerak kesana kesini, tetapi pada malam itu ternyata saya sudah merasakan kontraksi dan akhirnya kami pergi ke hospital dan terus di bawa ke bilik bersalin di CTG,” kata Lesti

“Lesti dirawat selama 3 hari kerana kontraksi yang terlalu kuat dan banyak dan diletakkan di dalam bilik pemantauan” bidas Rizky.

Melihat kondisi Lesti, doctor mengambil keputusan untuk melakukan operasi Caesar. Proses persalinan berlaku lancar dan pelantun lagu kejora itu telah selamat melahirkan bayi seberat 2.2kg walaupun dalam keadaan pramatang.

“Ini semua demi kebaikan si bayi dan juga Lesti,” ujar Rizky.

Saat tangisan bayinya memecah suasana ruangan itu, pelakon sinetron Cinta Nikita itu menghela nafas lega kerana sebuah fasa baru yang datang bakal melengkapi kebahagiaan dalam alam rumah tangganya.

Lesti dan Billar belum mengumumkan jantina anak mereka. Sebelum ini mereka hanya menyatakan bahwa nama anak mereka akan dimulakan dengan huruf L.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button