Hiburan

Kurus sebab pembedahan, jangan tipu pengguna

PENYANYI, Aishah melahirkan rasa terkilan kerana terdapat syarikat produk menguruskan badan yang sanggup mengambil individu yang menjalani pembedahan bariatrik (mengecilkan usus) sebagai duta produk mereka.

Menurut Aishah, mereka kurus kerana menjalani pembedahan dan bukannya hasil keberkesanan produk yang dijual.

“Ini adalah satu tindakan yang salah. Pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan terhadap produk-produk sebegini.

“Kasihan dengan mereka yang bersusah payah menurunkan berat badan dan tertipu dengan keberkesanan produk sedangkan duta yang diambil ialah individu yang sudah menjalani pembedahan bariatric,” katanya.

Aishah juga memberitahu yang dia berjaya mengurangkan berat sebanyak 33 kilogram hasil daripada pembedahan yang dilakukannya kira-kira dua tahun lalu.

Namun menurut penyanyi lagu Janji Manis Mu itu, kesan daripada pembedahan juga adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Sebelum ini, tular di laman sosial berkaitan pemilihan seorang selebriti media sosial yang menjalani pembedahan bariatric sebelum menjadi duta produk kurus tersebut.

Malah, selebriti media sosial berusia 23 tahun itu juga memberitahu yang badannya kurus kerana pembedahan tersebut dan tidak mengambil produk tersebut secara konsisten.

Dalam pada itu, Aishah sebelum ini memberitahu yang dia juga terpaksa mengawal pemakanannya selepas menjalani pembedahan.

Jelasnya, pembedahan tersebut memang dapat menguruskan badannya, tetapi pemakanan juga perlu dikawal untuk mendapatkan berat yang ideal. – SM

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button