fbpx
Belang Bertempat

Peliknya projek terowong dasar laut Pulau Pinang?

SEKURANG-kurangnya enam kertas siasatan telah dijalankan berhubung siasatan terowong dasar laut di Pulau Pinang sejak awal tahun 2018 lagi.

Tiga daripadanya sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Dan waktu itu sebahagian dari kertas-kertas siasatan sulit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah terbongkar dan tersebar luas.

Hal ini termasuklah pengakuan daripada pemilik syarikat konsesi tender yang mendakwa pernah membayar wang rasuah serta berjanji memberi kepentingan 10 peratus untuk projek terowong bernilai RM6.3 bilion itu kepada seorang pemimpin kanan DAP.


Pemilik syarikat konsesi terowong terbabit mendakwa pemimpin kanan DAP berkenaan telah berjanji untuk menganugerahkan projek itu. Ini seterusnya memastikan mereka akan menang projek itu sebelum tender berbentuk Request for Proposal (RFP) dibuka.

Semasa beberapa ahli parlimen pembangkang pada 2018 berulang-kali mengemukakan soalan isu projek terowong berkenaan termasuk di Parlimen, Pakatan Harapan bagaimanapun tidak mahu memberi jawapannya.

Setelah dua tahun isu kes projek terowong dasar laut itu dibangkitkan, pagi ini 7 Ogos, pegawai kanan DAP yang disebut-sebut sebelum ini terbabit dalam skandal itu akhirnya dihadapkan ke mahkamah.

Antara persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Guan Eng selaku ketua menteri ketika itu dalam kes projek terowong ini antaranya:

1. Insiden seorang wanita yang maut ditimpa kren di tapak projek salah sebuah syarikat kontraktor bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Beijing Urban Construction Group (BUCG) pada Ogos 2016 seakan-akan mendedahkan lagi kepincangan dalam projek tersebut.
Kerana insiden tersebut, BUCG telah mengundurkan diri dari consortium Zenith-BUCG.

2. Pengunduran BUCG telah menimbulkan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh kerajaan negeri Pulau Pinang”, katanya. Iaitu walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengunduran syarikat itu tidak akan menggugat projek terowong dasar laut itu tetapi sebenarnya pengunduran BUCG telah menyebabkan konsortium berkenaan hilang kekuatan kemampuan kewangannya dan pengalaman dalam sektor pembinaan.

3. Dulu dikatakan alasan Zenith-BUCG memenangi kontrak projek jalan utama dan terowong dasar laut impian Guan Eng itu adalah kerana kekuatan kedudukan kewangan melalui modal berbayar syarikat yang berjumlah berbilion ringgit dan pengalaman luas BUCG sebagai pembina bertaraf antarabangsa.

Jadi, apabila BUCG sudah digugurkan ini bermakna secara dasarnya bolehlah dikatakan bahawa Konsortium tersebut sudah hilang kelayakan-kelayakan yang disyaratkan dalam panggilan RFP terdahulu telah berlaku perubahan struktur pegangan saham dan ahli kongsi.

4. Justeru, mengapa kerajaan negeri menandatangani atau menganugerahkan kontrak kepada Konsortium Zenith-BUCG sekiranya sudah dikenalpasti dari awal China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) yang akan bertindak sebagai kontraktor utama projek?

5. Apakah peranan sebenar Konsortium Zenith-BUCG dalam projek itu jika CRCC yang sebenarnya bertanggungjawab membina jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut tersebut dan mengapa kerajaan negeri sebelum ini tidak melantik secara terus CRCC sebagai kontraktor tanpa perantaraan Konsortium Zenith-BUCG.

6. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga perlu menerangkan bagaimana dengan kedudukan tanah tambakan laut yang telah diberi milikan kepada konsortium Zenith-BUCG sebagai ‘partial payments’ untuk kerja-kerja kajian kebolehlaksanaan, dan rekabentuk terperinci yang telah dibuat.
Ini belum lagi tentang kedudukan baki bayaran-bayaran yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri kepada Konsortium Zenith-BUCG.

7. Kos kajian RM90 juta atau RM305? Guan Eng umumkan kos kajian kebolehlaksanaan projek ialah RM305 juta tetapi firma dari China yang menjalankan kajian menyatakan cuma RM90 juta. RM215 juta mana pergi?

8. Kenapa kos kajian projek terlalu tinggi? Tersalah taip adalah satu alasan yang langsung tidak boleh diterima apa lagi bila ia diberi oleh seorang Ketua Menteri.

9. Mengapa bayaran kajian kebolehlaksanaan tiga jalan di daratan lebih tinggi dari kos kajian terowong dasar laut?
Ia menimbulkan keraguan bila kajian yang mudah memerlukan kos yang lebih tinggi dari kajian yang susah.

10. Guan Eng juga memberikan alasan kerajaan Pulau Pinang terlebih bayar sebanyak RM48.2 juta atau 17% sebagai alasan yuran kajian tinggi tetapi menafikan laporan BEM (Lembaga Jurutera Malaysia).
Sedangkan BEM (Lembaga Jurutera Malaysia) pula mendakwa kos kajian kebolehlaksanaan projek terowong adalah 400% hingga 500% lebih tinggi dari kos sebenar.

11. Pada tahun 2017, Exco Guan Eng menyatakan yuran sudah dibayar tetpi tahun 2018, Guan Eng mengesahkan belum bayar.
Mana satu yang betul?? Rupa-rupanya sudah bayar dalam bentuk hartanah. Tetapi kenapa sebelum ini Guan Eng menidakkannya?

12. Guan Eng sendiri pernah menyatakan kerajaan Pulau Pinang terpaksa menjalankan projek terowong kerana cadangan membina Jambatan Ketiga Pulau Pinang ditolak oleh kerajaan pusat. Adakah Guan Eng sedar projek terowong dasar laut tidak akan terlaksana. Adakah kajian hanya alasan untuk menyalurkan wang keluar dari kerajaan negeri?

Banyak persoalan akan terjawab apabila Guan Eng dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan hari-hari perbicaraan seterusnya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button