Nasional

Malaysia guna Bahasa Melayu pada setiap majlis rasmi termasuk di luar negara

BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia akan menggunakan Bahasa Melayu pada setiap majlis rasmi yang disertainya, termasuk di mesyuarat antarabangsa, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Ismail Sabri berkata beliau menggunakan Bahasa Melayu ketika mengadakan mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa lawatan rasminya ke Brunei dan Kemboja sebelum ini, dan kini Thailand.

“Kita perlu guna Bahasa Melayu untuk semua urusan rasmi kerajaan. Perbincangan saya di luar negara juga urusan rasmi kerajaan. Sebab itu saya guna Bahasa Melayu.

“Sudah tiba masanya untuk kita berbangga dengan Bahasa Melayu, yang merupakan bahasa kebangsaan kita. Kita bertanggungjawab memperkasakan Bahasa Melayu.

“Jadi, tidak ada sebab untuk kita berasa janggal dan malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu di luar negara kerana orang lain berbangga menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Thailand hari ini. – BERNAMA

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button