Nasional

Pemimpin, ahli politik jangan sentuh isu sensitiviti kaum

PEMIMPIN dan ahli politik di negara ini diingatkan agar tidak memainkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama sehingga boleh menggugat perpaduan dan mengancam keselamatan negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata sebagai pihak berkuasa terulung negara ini, adalah menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjamin negara dalam keadaan selamat serta mengekang daripada sebarang ancaman berkaitan keganasan, fitnah, perkauman dan keagamaan.

“Saya merayu kepada semua pemimpin dan ahli politik agar lebih memahami dinamik negara ini dengan kepelbagaian kaum dan agama, mesti hormat menghormati dan gunakanlah kepelbagaian yang ada untuk memajukan negara.

“Diharapkan ahli politik menggunakan kebijaksanaan, kesabaran dan berhemah dengan memenuhi prinsip demokrasi tanpa melakukan aktiviti hingga menyakiti hati orang lain dan seolah mencabar pihak berkuasa,” katanya pada sidang media khas sempena pencapaian tahun 2019 dan perancangan tahun 2020 PDRM di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata, PDRM akan ambil pendekatan bertindak seadilnya demi menjaga keamanan, keharmonian serta keselamatan negara. – BERNAMA

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button