Politik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka bincang bubar DUN dengan 5 negeri lain

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri terbuka berbincang dengan lima negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak bagi memboleh Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Negeri-negeri berkenaan ialah Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jika kesemua negeri di atas membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Pulau Pinang, bolehlah PRN diadakan bersama.

Kon Yeow berkata, mengikut Perlembagaan, sesi Penggal DUN Pulau Pinang akan berakhir tahun depan iaitu pada 2 Ogos 2023 dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

“Bagaimanapun, isu ini akan diserahkan kepada majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebab ia juga melibatkan dua negeri PH yang lain iaitu Selangor dan Negeri Sembilan manakala negeri di bawah PAS mungkin ada pertimbangan mereka.

“Kita terbuka untuk rundingan jika semua negeri ini setuju maka boleh diadakan pada tarikh sama. Tapi terpulang kepada PH dan PN (Perikatan Nasional) untuk tentukannya,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Tambah beliau, tempoh tamat DUN Pulau Pinang mengikut Perlembagaan adalah lima tahun, bermula daripada tarikh pertama DUN bersidang selepas PRU14 pada 9 Mei 2018 maka DUN akan terbubar sendiri sebab sudah genap lima tahun.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH mengambil keputusan tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PAS turut tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu serta Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini. – FMT – SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button