Mahkamah

Makcik Kemboja, anak lelaki tak mengaku salah mengapikan kaum Melayu

Usahawan wanita berketurunan Kemboja yang tular mengenai isu Melayu Malas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas pertuduhan mengapikan kaum Melayu.

Dia yang digelar Makcik Kemboja adalah pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok memulakan komunikasi jelik menghina orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.

Kesalahan itu telah dilihat kira-kira pukul 6 petang melalui aplikasi TikTok di KM4, Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 November 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan membuat pengakuan tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran video yang memaparkan seorang wanita yang juga ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu usahawan kontroversi itu tiba bersama anak lelakinya di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, kira-kira pukul 9. 00 pagi ini.

Pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan jumlah minimum RM30,000 dikenakan bagi setiap tertuduh sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Beliau turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu pasport dua beranak itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak yang dikhuatiri boleh menganggu prosiding.

Tertuduh yang diwakili Peguam Kamal Hisham Jaafar bagaimanapun merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan Mariyah merupakan ibu tunggal tiga anak dan pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya kepada perniagaan diusahakan

Tambahnya, kewangan perniagaan itu bagaimanpun terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tertuduh turut menaja keperluan 60 pelajar sebuah pusat tahfiz di Johor.

Ezuan pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta yang berpangkalan di United Kingdom dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ibunya itu.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000 manakala anaknya RM10,000 dan menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes. – SM

BACA Kedutaan Besar bantu promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Kemboja

BACA Makcik Kemboja, anak lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Melaka esok

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button