NasionalParlimen

Majlis Media Malaysia kawal kebebasan pengamal media tempatan

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan mereka sedang giat mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Jawatankuasa Kerja Sementara (Jawatankuasa Pro-Tem) yang terdiri daripada wartawan, penerbit, penyiar dan organisasi berita mengenai perincian penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menurut KKD, perbincangan merangkumi pelbagai aspek termasuk berkenaan fungsi dan dana Majlis Media Malaysia yang turut terkandung dalam draf RUU Majlis Media Malaysia yang sedang dikemaskini untuk persetujuan bersama.

Kata KKD, Majlis Media Malaysia dilihat dapat memperkasa profesion kewartawanan negara melalui kod etika pelaporan yang akan diwujudkan kelak.

“Majlis ini juga dijangka akan mewujudkan komuniti media yang profesional dengan pelaporan yang beretika, adil dan tepat melalui sumber yang sahih,” katanya.

Selain itu, Majlis ini juga dapat menyediakan platform untuk menyelesaikan aduan orang ramai berhubung tindakan media.

KKD menjelaskan, Majlis Media Malaysia bertindak sebagai platform untuk memastikan kebebasan media di Malaysia.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Majlis Media Malaysia kata KKD memastikan pelaporan berita yang dilakukan oleh media dilakukan secara bertanggungjawab.

Selain itu, Majlis Media Malaysia juga bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara.

“Penubuhan Majlis Media Malaysia kelak hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media.

“Peranan dan fungsinya juga perlu jelas bagi memastikan tiada pertindihan skop undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia dengan peruntukan undang-undang serta kawal selia sedia ada oleh pihak Kerajaan,” jelas KKD.

Datuk Juhanis Abd Aziz

KKD menyatakan demikian di Dewan Negara hari ini bagi menjadi soalan yang dilontarkan secara lisan oleh Datuk Juhanis Abd Aziz yang meminta Menteri KKD menyatakan apakah fungsi dan kos yang terlibat dalam penubuhan Majlis Media Malaysia oleh Kementerian. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button