Nasional

Video Ustaz Ebit jumpa Makcik Noraini Wong meruntun hati

USTAZ Ebit Liew berkongsi video beliau melawat Makcik Noraini Wong yang tular ditahan anggota tentera ketika berkerusi roda keluar membeli barangan keperluan.

Anggota tentera yang bertugas ketika PKP, bersimpati dengan keadaan Noraini telah memakaikannya topeng muka dan sarung tangan bagi mencegah jangkitan virus COVID-19.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang OKU tinggal seorang diri terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Dalam pertemuan dengan Ebit, Noraini melahirkan hasrat untuk bertemu dengan ibunya yang kini tinggal di Australia.

Kisah Makcik Noraini telah menyentuh hati orang ramai dan menyifatkan ia sebagai pengajaran kepada semua, supaya sentiasa prihatin dengan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Semenjak PKP COVID-19 banyak kisah menyentuh perasaan tular di media sosial wajar dijadikan pengajaran, walaupun terdapat kisah kurang menyenangkan seperti kluster kayangan yang memanggil doktor dengan panggilan dog atau anjing. – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button