Nasional

Pegawai kanan kerajaan Kedah minta RM1 juta direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Sumber berkata kepada FMT, penahanan pegawai kanan kerajaan Kedah itu dibuat di pejabat SPRM Alor Setar, Kedah, jam 8 malam tadi.

“Lelaki yang berusia 50an itu disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

“Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, empat suspek telah ditahan SPRM termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI), pengarah syarikat dan pembantu kepada pemilik syarikat bagi membantu siasatan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

SPRM pada 19 Julai lalu menahan Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan pengarah syarikat itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan aktiviti perlombongan REE berjumlah lebih RM13 juta.

Pada 21 Julai lalu, pembantu kepada pemilik syarikat yang direman sebelum ini, ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya. – SM

BACA Rasuah REE: CEO Perbadanan Menteri Besar, pengarah syarikat ditahan SPRM
BACA SPRM tahan sindiket seludup tenggiling, bernilai RM23.4 juta !

 

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button