Nasional

Prihatin, bersedia sepanjang masa – ResQ Team UPSI

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) gerakkan ResQ Team UPSI untuk membantu kerja-kerja pembersihan, penduduk kawasan Kampung Seri Chepor, Perak yang terjejas akibat banjir.

Pasukan ResQ Team UPSI yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong telah berjaya membersihkan enam buah rumah hasil kerjasama sukarelawan ResQ Team UPSI.

“Misi bantuan ini melibatkan 48 orang sukarelawan yang terdiri daripada seorang pensyarah, tujuh orang staf UPSI, 25 pelajar sukarelawan ResQ Team UPSI dan 15 Kadet Kor SISPA UPSI dengan menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori dan dua buah bas dari Unit Pengangkutan UPSI untuk membawa sukarelawan dan peralatan dalam misi bantuan banjir ini,” jelasnya.

Pasukan ResQ Team UPSI secara bergotong-royong bersihkan kawasan rumah selepas banjir.

Misi ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir dalam proses membersihkan kawasan rumah selepas banjir dengan menyalurkan khidmat tenaga dalam proses pembersihan.

“Pasukan ResQ Team UPSI sentiasa prihatin dan bersiapsiaga sepanjang masa untuk membantu mangsa banjir yang terjejas. Tindakan yang dilakukan ini adalah atas dasar kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir,” katanya. – SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button