HiburanMahkamah

Mahkamah terkejut Datuk Seri Amir, defendan ketiga muflis

Saksi kedua tak tahu ayahnya, Datuk Seri Amir bankrup

SELEPAS masuk hari ketiga kes perbicaraan penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Ariffin menuntut lot tanah banglo tajaan Bina Megah Empayar (BME), mahkamah terkejut apabila saksi pertama defendan ketiga, Pengarah Urusan dan Operasi BME, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, 50, berstatus brankrup atau muflis.

Status Amir, vokalis kumpulan Pearl itu hanya diketahui selepas pihak Peguambela plaintif membuat pencarian di Jabatan Insolvensi Malaysia, petang ini.

Status Amir itu hanya diketahui pada pukul 2.25 petang ini sejurus sebelum bermulanya prosiding pemeriksaan balas oleh Peguam Muhammad Izwan Amir ke atas saksi defendan kedua, Putera Mohd Hasiff Mohd Amir, 27, yang juga anak defendan ketiga dalam kes tuntuan saman Aishah.

“5 Mac 2008 defendan ketiga adalah seorang bankrup. Saya buat carian di Insolvensi Malaysia dan tiada apa-apa pembatalan ke atas status itu,” kata Izwan.

Hakim Rofiah Mohamad yang mendengar kes perbicaraan Aishah terhadap tiga defendan juga agak terkejut dengan penemuan baharu itu.

Saksi defendan kedua, Putera Mohd Hasiff Mohd Amir, 27,  yang juga anak kepada defendan ketiga, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa memberitahu mahkamah, beliau tidak tahu ayahnya seorang bankrup atau muflis.

Dalam pemeriksaan balas peguam terhadap saksi, Putera yang juga pemilik syarikat Bina Megah Empayar (BME) memberitahu mahkamah, beliau bekerja sebagai Marketing Operation di Shopee Malaysia dan pemegang Diploma.

Saksi memberitahu mahkamah, segala urusan berkaitan penajaan dan syarikat diserah bulat-bulat kepada defendan ketiga.

Saksi menjawab soalan Peguam plaintif, Muhammad Izwan Azmi berkata, dia lulusan International Islamic Collegue di Batu Caves, Selangor dan graduan Diploma dalam Marketing Management.

Izwan: Di sekolah, Encik Putera kata, bidang Sastera. Ada subjek perniagaan dan subjek ekonom diajar?

Saksi: Tak pasti ada subjek perniagaan, dah lama sangat. Ekonomi, tak pasti.

Izwan: Jadi Encik Putera jadi pemilik syarikat BME dari awal atau tengah-tengah?

Saksi: Dari mula dibentuk.

Izwan: Encik Putera tahu tak yang syarikat dah tutup.

Saksi: Kenapa tutup, saya tak pasti kerana serah kepada defendan ketiga.

Izwan: Encik Putera ambil jurusan Marketing, bawah perniagaan. Encik Putera ada tanggungjawab terhadap syarikat selaku pemilik.

Saksi: Tak setuju, syarikat bukan tanggungjawab, tak tau. Tak pasti.

Izwan: Bila tubuh sebuah syarikat, daftar dengan SSM, ada kategori bisnes secara spesifik.

Bila wujudkan sebuah syarikat, kena tahu, ada tanggungjawab. Setuju?

Saksi: Saya tak setuju. Berkenaan BME saya serah pada defenden ketiga.

Izwan: Ada surat lantikan defenden ketiga sebagai Pengarah Urusan dan Operasi Bina Megah?

Saksi: Tiada surat lantikan.

Izwan: Encik Putera tahu ke tak, nak lantik seorang Pengarah, Pengarah Urusan ke, dia kena reliable. Tak boleh brankup.Tahu apa makna bankrup?

Saksi: Tak tahu.

Izwan: Encik Putera tak tahu apa itu bankrup? Encik Putera seorang Marketing Operation di Shoppee, tak tahu makna bankrup? Apa yang En Putera faham tentang bankrup?

Saksi: Tak ada aset, itu yang saya faham.

Izwan: Tak mampu urus hutang, sehingga tak mampu bayar kepada pihak ketiga dan pihak ketiga saman, mahkamah suruh dia bayar, tak mampu bayar, mahkamah putuskan isytiharkan dia bankrup. Setuju?

Tak setuju, kata saksi.

Izwan: Sesuai tak jadi pengarah urusan kalau orang bankrup. Encik Putera mesti ada tanggungjawab… selidik dulu latarbelakang. Kalau dia buat salah, syarikat yang kena. Setuju tak?

Ini sahaja penyata saksi.

Encik Putera letak blame ke atas defendan ketiga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas BME.

Isu yang timbul ini, bukan salah Encik Putra. Encik Putera masuk dalam syarikat ini sebab Putik (Datin Seri) yang bawa masuk.

Apa yang dia buat, dia commit, personal kapasiti atau kapasiti syarikat.

Saksi: Saya tak tahu.

Izwan: Setuju tak Datuk Seri Amir, Pengarah Urusan dan Operasi BME, guna nama syarikat buat urusan mengikat syarikat.

Ulang soalan, kata saksi.

Izwan: Dia hanya wakil sahaja. Setuju atau tidak seolah-olah syarikat yang janji, bukan dia.

Oleh kerana mengikat syarikat, partnership, dia mengikat En Putera. Setuju tak?

Tak, jawap saksi.

Izwan: Daftar SSM ni, fraud? Encik Putera tak pernah sain apa-apa.

“Saya tak ingat. Tak pasti,” jawap saksi.

Izwan: Setelah company di setup 2017.  Siapa yang set up company ni?

Saksi: Ayah saya, defendan ketiga.

Izwan: Siapa sain setup setup company ni?

Pada ketika ini, saksi hanya mendiamkan diri.

Izwan: Saya bercakap dengan seorang Diploma. Lulusan SPM, ada sijil Diploma. Tamat kan? Bekerja di Shoppee.

Kalau age of maturity, orang yang cukup umur. Encik Putera dah kahwin?

Saksi: Sudah.

Izwan: Setuju tak saya katakan Envik Putera sain dokumen set up of company dengan Datin Seri.

Saksi: Tak ingat.

Izwan: I put to you, En Putera yang sain dokumen-dokumen SSM, Encik Putera pemilik. Setuju atau tak setuju.

Saksi: Setuju.

Izwan: Atas persetujuan Encik Putera dan Datin Seri, pelantikan Pengarah Urusan, defendan ketiga.

Buat tak search terhadap… saya ubah sikit. Buat carian berkenaan, tak selidik dulu, maksudnya cuai. Syarikat cuai, pemilik cuai.

Saksi: Tak setuju.

Izwan: Sebelum lantik, consented, …

I put to you Encik Putera sain sahaja. Tak buat apa-apa selidik atau carian.

Tak setuju, jawab saksi.

Izwan: Kalau tak setuju, apa carian yang dibuat, check apa, kata kepercayaan.

Qualification education defendan ketiga, ada check tak?

Saksi: Tak ada.

Izwan: Ada check tak defendan ketiga bankrup atau tidak.

5 Mac 2008 defendan ketiga adalah seorang bankrup. Saya buat carian di Insolvensi.

2.25 pm tadi, carian di Insolvensi Malaysia, Mohd Amir Mohd Esa adalah seorang bankrup sejak 5 Mac 2008 dan tiada apa-apa pembatalan.

Kalau Encik Putera tahu, 2017, adakah lantik juga defendan ketiga sebagai Pengarah Urusan dan Operasi?

Saksi: Kalau saya tahu, kemungkinan…

Tidak ada kemungkinan. Lantik atau tidak, soal Izwan.

Jawap saksi, Tidak.

Izwan: IC number carian di Insolvensi Malaysia, defendan ketiga adalah seorang bankrup sejak 2008.

Hakim minta diletak dalam submission. Tak ada perintah pembatalan. Semua aset di bawah DGI (Jabatan Insolvensi Malaysia). Keputusan saya adalah di bawah aset. Carian rasmi, minta perakuan supaya comply dengan evidence act. Saya tak salahkan peguam, patut alert. Tak boleh wakili kalau orang tu bankrup. Sivil action yang akan bagi impact. Okay, proceed ajelah.

Izwan: Syarikat En Putera tahu tak syarikat ada sponsor.

Saksi: Pasal penajaan saya tahulah. Saya tahulah pasal sponsor tanah.

Saya freelance musician, tak minat nak attend, tak pernah cari GV4.

Izwan: Kalau syarikat untung, katalah 1 juta, duit tu syarikat punyalah.

En Putera dan Datin Seri Putik. Duit syarikat, 50 persen, En Putra punya 50 persen. Katalah net profit syarikat 100,000, sebagai pemilik, ada hak. Setuju?

Saksi: Setuju.

Izwan: Kalau rugi, BME rugi, terhutang orang 100,000. Ada orang tuntut. Liability 100,000. Setuju tak, liability itu Encik Putra dan Datin, 50-50. Kena tanggung 50 persen.

Saksi: Setujulah. Saya tau ada sponsor GV4 tapi tak tau detail.

Izwan: Saya katakan, En Putera sebagai owner tahu kalau profit saya dapat, liabiliti saya tanggung.

Jawab saksi: Tak setuju sebab saya serahkan urusan sepenuhnya kepada defendan ketiga.

Izwan: Encik Putera ada duty, tak setuju. Ada duty pun nak tahu. Bila dah consented, bagi blanket pada dia, apa-apa kerugian yang datang tu, En Putera reda lah. Setuju?

Saksi: Setuju.

“Apa mandat, segala rumusan dan hal ehwal Bina Megah serah kepada defendan ketiga. Tak ada syarat. Bagi 100 persen kepada defendan ketiga,” kata saksi.

Izwan: Encik Putera sponsor RM180,000. Commit dulu, ada duit tak ada duit. Tahu siapa pemenang GV4, zaman 2017, Encik Putera dalam industri, freelance musician. Tahu Datuk Aishah pemenang pertama. Kedua, ketiga tau tak tau?

Saksi maklumkan kepada mahkamah, dia tidak pernah baca penyata pembelaan, tak pernah sain.

Jadi penyata pembelaan itu bukan daripada Putera tetapi penyata pembelaan daripada defendan ketiga.

Izwan: Yang disebut defendan-defendan ialah defendan ketiga. Setuju?

Saksi: Ya, setuju.

Izwan: Penyata pembelaan ini bila disebut tidak melibatkan Encik Putera. Setuju Encik Putera?

Ya, jawab saksi.

Izwan: Telah serahkan semua urusan kepada defendan ketiga, setuju atau tidak?

Saksi: Ya, setuju.

Izwan: Kalau syarikat dah tutup pada 21 Ogos 2018, setuju tak, role Pengarah Urusan dan Operasi dah tamat.

Saksi: Saya tak pasti.

Izwan: Kalau Shopee gulung tikar hari ini, esok Encik Putera  bukan lagi Marketing Officer Shopee.

Lantikan akan automatik terbatal selepas syarikat gulung tikar. Setuju?

Saksi: Setuju.

Izwan: Bila mana syarikat BME gulung tikar, jawatan Pengarah Urusan terbatal.

Dah expired, batal, tak ada kena mengena dan dia bukan lagi didalam syarikat.

Tak setuju, kata saksi.

Izwan: Apa terma selepas jawatan tak wujud?

Saksi: Saya dah lepaskan role kepada defendan ketiga.

Saya tahu Datuk Aishah tuntut tanah lot banglo selepas disaman Disember 2020.

Izwan: Sudah berlanjutan setahun lapan bulan berlalu. Actual sponser berapa, tuntutan berapa.

Saksi kata tidak tahu asas tuntutan. Tak tahu kenapa Aishah tak tuntut 2,600 kaki persegi.

Izwan: Tak tahu, tak pernah bincang. Encik Putera serahkan semua kes mahkamah kepada defendan ketiga, macam tu? Encik Putera boleh bankrup.

Tak pelah. Saya bagitau. Nama syarikat terpapar, Encik Putera disaman kerana Encik Putera pemilik, tadi setuju ada untung, Encik ambil bahagian Encik.

Saksi hanya diam.

Izwan: Kenapa tak bagi lot banglo kepada Aishah?

Saksi: Sebab saya serahkan kepada defendan ketiga yang uruskan Bina Megah.

Izwan: Encik, Bina Megah dah tak wujud. Aishah saman defendan-defendan, Datin Seri, Encik Putera dan Datuk Seri. Bukan Bina Megah.

Sebenarnya Encik Putra tak kisah dengan saman oleh Aishah. Kalau kisah, patut tahu butiran-butiran. Kenapa tak nak bagi. Bila tanya, Encik kata serahkan, serahkan.

Bila saya kata Encik tak kisah, Encik kata, kisah.

Kalau butiran tak tahu, kenapa tak bagi tanah lot banglo tu? Maknanya Encik tak kisahlah tuntutan ini. Setuju atau tidak? Dalam erti kata lainlah, Encik lepas tangan. Setuju atau tidak?

Tak setuju, kata saksi dan tetap menyerahkan kepada defendan ketiga walaupun defendan ketiga seorang bankrup.

Izwan: Tadi Encik Putera kata, liability dalam bahasa Melayu, keberhutangan. Liability, perkongsian, liability tak terhad.

Bermaksud, entiti yang sama, Encik dan perkongsian adalah liability yang sama. Maksudnya kalau seseorang itu satu syarikat perkongsian ada hutang dan syarikat tak da duit nak bayar, boleh tuntut pada pemilik. Pemilik bertanggungjawab.

“Apa-apa pun, dah serah kepada defendan ketiga,” kata saksi.

Mahkamah bersambung esok. – SM

(Visited 5,497 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button