Hiburan

Sharifah Sakinah ‘Payung’ Ruang Tandas Mewah Kakaknya!

Mana-mana tandas walaupun kelihatan bersih berkilat ia tetap dianggap sebagai tempat yang kotor.

Hanya kerana material atau seni reka tandas tersebut kelihatan mewah dan selesa, ia sama sekali tidak menggubah tujuan asal pembinaan tandas berkenaan.

Malahan, tandas adalah salah satu tempat najis yang didiami syaitan dan sebab itulah umat Islam dianjurkan memohon perlindungan Allah SWT agar kita terlindung dariapda syaitan yang berkumpul di situ.

Menerusi sebuah hantaran video baharu di Instagram Sharifah Sakinah, selebriti berusia 33 tahun itu membuat isyarat tangan mengajak orang ramai mengikutinya untuk melihat keunikan bilik air yang ada di rumah kakaknya iaitu Sharifah Shahirah.

“Orang kata kat tandas banyak setan. Sejuk macam syurga tandas awak siap ada kipas LV Gucci,” tulis Sakinah pada ruangan kapsyen.


Walaupun hanya sekadar berseloroh, bagaimanapun gurauan tersebut dianggap melampau menyebabkan netizen mengkritik tindakan Sakinah yang menyamakan tempat yang dianggap najis itu dengan syurga.

Baru-baru ini, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang berkesempatan berkunjung ke rumah Sharifah Shahirah atau Shiera turut teruja untuk masuk ke billik air yang sinki dan mangkuk tandas seperti disalut emas dan kertas dinding bertemakan hidupan liar.

Penggunaan lampu ‘chandelier’ bagi menerangi bilik air itu juga menarik perhatian netizen.

Menurut Shiera, ia adalah tempat untuk mengambil wuduk dan ruang paling elok berbanding ruang lain di rumahnya.

(Visited 323 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button