fbpx
Nasional

Apa maksud daulah terpendam dalam kalangan penjawat awam yang mahu disiasat?

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai dakwaan wujudnya daulah terpendam (rasa tidak puas hati) yang sedang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan penjawat awam.

Beliau turut melahirkan keyakinan sekiranya perkara itu berlaku pentadbiran kerajaan PH mampu menanganinya.

“Saya tak tahu sekiranya berlaku tetapi jika daulah terpendam ada saya ingat kita boleh bendung perkara itu tak ada masalah. Dulu pun masa jadi Perdana Menteri ada banyak masalah tetapi kita boleh terus mentadbir… kita akan selesaikan dengan depa itu saya kaji tengok dulu,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan, Jawatankuasa PH, Ketua-ketua Cawangan PH dan Ketua-ketua Pengerusi MPKK Langkawi di Hotel Adya, Kuah, Langkawi hari ini.

Ketika ditanya sama ada pertukaran Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan kerana daulah terpendam, Dr Mahathir berkata beliau tidak pasti dan akan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.


Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan lagu Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

“Kita tak boleh nyanyi (lagu Negaraku) dalam bahasa lain. Apa yang ditulis di dalam buku nak tunjuk makna supaya orang bukan Melayu boleh faham the wording but not for sing dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin yang didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button