Nasional

Lockdown sambung?

Mesti ramai tertanya-tanya apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 14 Jun ini disambung semula atau tidak.

Keputusannya hanya akan diketahui petang ini selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini.

Secara asasnya kemungkinannya PKP akan disambung kerana jumlah kes masih lagi tinggi, dan PKP hanya akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jika kes baharu harian di bawah 14,000 kes.

Selain itu sikap orang ramai juga masih lagi tidak mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal ketika berada di lokasi terdapat orang ramai.

Jika PKP ditamatkan kemungkinan letusan kes akan berlaku sekali lagi lantaran varian baharu wabak yang dikatakan boleh disebarkan melalui udara.

Penyelesaian mutlak kepada permasalahan ini terletak kepada inisiatif PKP dan suntikan vaksin.

Pada masa ini kerajaan telah berjaya mencapai suntikan lebih 150,000 orang sehari dengan pelaksanaan pusat vaksinasi mega dan dilengkapi dengan pusat vaksin kecil dan bergerak.

Pada masa ini juga kerajaan sedang berusaha menyegerakan suntikan vaksin kepada warga emas kerana mereka yang biasanya terjejas teruk jika dijangkiti virus tersebut.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP dengan memakai pelitup wajah dan penjarakan fizikal. Orang ramai juga perlu melaksanakan kawalan kendiri dengan membataskan pergerakan apabila sangat perlu sahaja.

Jika semua diatas tidak dilaksanakan kita tidak akan menemui jalan keluar kepada permasalahan yang kita hadapi.

Buka dan tutup PKP bukan penyelesaiannya. Bila kita berjaya meredakan penularan wabak ini baharulah sektor ekonomi akan beransur-ansur pulih.

(Visited 935 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button