Nasional

Penumpang maut bas persiaran rempuh treler dekat Kuala Kubu Bharu

SEORANG penumpang bas persiaran maut dalam kemalangan di Kilometer 425.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan dekat Kuala Kubu Bharu.

Dalam kejadian pukuol 4.30 pagi tadi, mangsa dikenali sebagai Hamaizah Fadzilah, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.32 pagi.

“Menurut laporan awal, kemalangan itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang menghala ke selatan, dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler 20 tan dari arah sama.

“Terdapat seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi paling hadapan tersepit di bahagian yang remuk,” katanya satu dalam kenyataan.


Beliau berkata, pihaknya segera melakukan operasi untuk mengeluarkan mangsa, manakala pemandu bas serta penumpang lain yang tidak cedera bertindak keluar dari kenderaan itu dan berkumpul di tempat selamat.

Katanya lagi, kedua-dua pemandu bas dan lori yang masing-masing berusia 54 dan 70 tahun serta penumpang bas tidak tersepit dan tidak cedera.

“Pada pukul 5.13 pagi, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button