Politik

Mahathir tidak minat sertai kabinet, mahu ketuai MPN

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia untuk menyokong Perikatan Nasional (PN), tetapi tidak berminat untuk menyertai kabinet.
Sebaliknya Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau berhasrat untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Pada program Ruang Bicara dengan tajuk ‘Mencari Malaysia Yang Lebih Baik’ yang disiarkan di Bernama TV malam tadi Dr Mahathir mahukan apa diputuskan oleh MPN dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau juga menjelaskan tidak boleh memberi tempoh masa untuk menyelesaikan masalah pandemik COVID-19 kerana variannya sentiasa berubah.
Dr Mahathir juga menjelaskan pernah menawarkan khidmatnya ketika kes masih rendah, namun ia tidak diendahkan oleh pentadbiran sebelum ini.
(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button