fbpx
Berita

Liwat 3.0: Teori konspirasi Tun M

APABILA peguam Haniff Khatri muncul bersama Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam, ia menimbulkan persoalan apakah ia merupakan satu lagi teori konspirasi yang dicipta oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini adalah kerana Haniff adalah peguam kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yusoff sebelum ini mengadakan sidang akhbar mendakwa telah diserang secara fizikal dan seksual songsang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berikutan itu pegawai Anwar telah membuat laporan polis.

Anwar sebelum ini telah disabit di atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa, tetapi kemudiannya mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong selepas meringkuk di dalam penjara.

Berikut jawapan Haniff terhadap kontroversi itu.

KEDANGKALAN TEORI KONSPIRASI BERKAITAN KES YUSUF RAWTHER !!


1. Saya adalah seorang pengamal undang-undang swasta. Ya, saya ada mewakili TUN MAHATHIR sebelum ini, dan ada beberapa perkara yang saya masih kendalikan dalam beberapa fail peribadi beliau.

2. Sebagai pengamal undang-undang swasta, kami tidak berhak untuk menolak daripada mewakili sesepihak dalam mana-mana perkara MELAINKAN DALAM KEADAAN KHUSUS tertentu seperti dengan adanya kewujudan kepentingan berkonflik ataupun jika boleh diaibkan secara profesional disebabkan kaitan terus kami dengan subjek perkara berkenaan, yang mana BUKANLAH keadaan yang wujud dalam kes YUSUFF RAWTHER ini, untuk membatalkan perwakilan profesional saya.

3. Meletakkan hujah pencipta teori konspirasi di tahap tertinggi sekali pun, fakta bahawa saya berada di hadapan dalam mewakili YUSOFF RAWTHER ini, semestinya bagaikan “sudah terang lagi bersuluh” pada hakikatnya bahawa TUN MAHATHIR tidak mungkin berada di belakang perkara ini sama sekali, kerana jika tidak, nescaya keberadaan saya di barisan hadapan sudah pasti menjadi satu pendedahan jelas konspirasi itu, bukankah begitu ??!!!

4. Pada saya, kebolehan segolongan masyarakat kita untuk mencipta teori-teori konspirasi yang luar biasa, kadang-kadang boleh menjatuhkan kebolehan HOLLYWOOD dan BOLLYWOOD dan KOLLYWOOD, ke tangga kedua, ketiga dan keempat dalam kedudukan masing-masing !! Mungkin ada baiknya, golongan itu menggunapakai ciptaan teori masing-masing untuk pembikinan cerita wayang untuk memperolehi pulangan lumayan.

Show More

Related Articles

Back to top button