Politik

Yusoff cabar Anwar saman, ‘Bring it on…’

“ANWAR want to sue me? Bring it on… “

Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther langsung tidak gentar gertakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman beliau.

Malah pemuda tersebut yang sebelum ini menuduh Anwar mencabulnya bersedia untuk berhadapan dengan bakal perdana menteri kelapan itu di mahkamah.

Muhammed Yusoff membuat cabaran itu dalam sidang akhbar hari ini. Beliau ditemani peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla .

Bring it on. (Boleh ulang, minta Haniff). Anwar want to sue me? Bring it on,” kata Muhammed Yusoff sambil tersenyum apabila disoal mengenai ancaman Anwar untuk menyaman beliau.

Anwar sebelum ini berkata, dia tidak dapat memaafkan tuduhan Muhammed Yusoff  disebalik keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes tersebut.

Menurut Anwar tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan kerana tuduhan yang dilemparkan Muhammed Yusoff disifatkan sebagai jelek, semberono dan yang menghina terhadap dirinya.

“Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan,” kata Anwar.

AGC pada 14 Januari lalu berkata, tidak akan mendakwa seorang ahli politik yang tidak dinamakan dalam satu kes serangan seksual, atas alasan, tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Menurut Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

Muhammed Yusoff telah membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar 2 Oktober tahun lepas bagaimanapun perkara itu dinafikan Presiden PKR itu yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada tarikh berkenaan-SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button