Berita

PdP IPT secara dalam talian, kecuali berkeperluan

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara yang diadakan pada 11 Mei 2021 telah menetapkan bahawa semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian semasa tempoh pelaksanaan PKP bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya berkata, semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan KECUALI kepada enam kategori pelajar yang berkeperluan. Peperiksaan antarabangsa, badan profesional dan aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT juga dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan.

Pelajar IPT berkeperluan yang pulang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dibenarkan kembali semula ke kampus berdasarkan tarikh dan SOP yang telah diumumkan dengan menggunakan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT masing-masing.

Pergerakan pensyarah atau tenaga pengajar bagi tujuan PdP juga dibenarkan dengan pengesahan daripada KPT atau IPT berkaitan.

KPT menasihati para pelajar agar sentiasa mematuhi SOP atau arahan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button