fbpx
Berita

Anwar akan dipanggil polis kes serangan seksual

KUALA LUMPUR – Kes cabul yang dilaporkan oleh bekas Pegawai Penyeldik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yusoff Rawther akan dilaporkan kepada Peguam Negara susulan kertas siasatan lengkap.

Bagaimanapun, Anwar akan dipanggil terlebih dahulu oleh pihak polis untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,

Pengarahnyam, Datuk Huzir Mohamed berkata,  selain Ahli Parlimen Port Dickson itu, beberapa saksi lain turut akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Bagaimanpun,  Unit Siasatan Jenayah Terkelas >(USJT) akan menetapkan tarikh temu janji yang sesuai untuk memanggil mereka hadir dalam satu sesi.

“Kertas siasatan serta cadangan tindakan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara berdasarkan dapatan hasil siasatan itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal Harian Metro hari ini.


Huzir dalam masa sama mengingatkan orang ramai supaya berhenti membuat sebarang spekulasi atau berdepan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikas dan Multimedia (AKMM) 1998.

Terdahulu, Yusoff, 26, hadir dua kali sehingga semalam ke ibu pejabat polis Bukit Aman ditemani peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri untuk memberi keterangan selepas satu laporan serangan seksual di buat di Balai Polis Sentul pada Sabtu lalu.

Sebelum itu, Yusoff membuat perakuan sumpah mengalami serangan seksual daripada seorang pemimpin politik veteran dalam satu sidang akhbar. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button