Berita

CITF perbaiki perkhidmatan di pusat pemberian vaksin Stadium Titiwangsa

Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan (CITF) mengambil maklum masalah kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa di ibu negara.

Badan itu dalam kenyataan berkata, kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut agak kecil, selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mereka yang hadir mendapatkan imunisasi agak terhad.

“Kapasiti PPV adalah seramai 1,600 orang sehari dan jumlah ditambah dengan bilangan pengiring yang menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa.

“Keadaan ini semakin buruk apabila hujan dan kenderaan yang menghantar para penerima vaksin berebut menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk,” kata kenyataan itu.

Bagi memperbetulkan keadaan ini, CITF mengambil keputusan untuk menambah bilangan khemah menunggu sebanyak 4 unit dan sejumlah 500 kerusi dengan secepat mungkin.


CITF memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan masalah kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa dan akan sentiasa menambah baik perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button