NasionalNegeriPolitik

Lima Kelebihan Menjadi Tangan Ghaib, Yang Sering Dipilih ‘Penggila’ Adalah Boneka dan Takhta

Rata-rata manusia hanya akan menilai apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar, apa yang mereka baca dan rukun iman percaya kepada perkara ghaib semakin terhakis biar pun dalam kad pengenalan masih Islam.

Perkara ghaib ini bukan hanya melibatkan jin, iblis, mukjizat, bantuan Allah malah ia merangkumi sihir, perjanjian dengan syaitan, amalan khurafat dan apa cerita hujungnya sekali pun, sepatutnya ia menguatkan keimanan kita.

Bukannya jadi taksub, terpengaruh dan akhirnya, tujuan sebenar manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah dilupakan, terlalu sibuk dengan angka COVID-19 atau pun melebihkan urusan dunia dan terlupa beribadah.

Berbalik kepada tajuk di atas, majoriti Melayu menolak kewujudan tangan ghaib yang mengawal sistem pemerintahan dunia. Yang mereka nampak cuma pemimpin yang dapat elaun serta jadi boneka.

Melayu tidak begitu bijak memandang siapa yang berada di sebalik takhta itu, hanya menyuruh bonekanya jadi anjing, berbuat apa yang dia kehendaki agar misi menyatu padukan dunia dengan caranya, disempurnakan.


Tangan ghaib ini sebenarnya sangat berbahaya. Kalau dalam rumah tangga, dia diibaratkan sebagai orang ketiga atau perampas yang tak terkalah agar perbalahan dan penceraian berlaku.

Kalau dalam institusi keagamaan pula, mereka membisikkan bahawa ulama yang berpandukan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu kafir, perlu ditolak dan wajar diperangi serta sebagainya.

Dalam ekonomi pula, tangan ghaib akan pastikan ekonomi Islam tidak layak dipraktikkan sehingga akhir zaman dan bank perlu bangkit sebagai kuasa ekonomi masyarakat yang tidak mengabaikan riba.

Kalau dalam politik pula, berikut adalah lima kelebihan menjadi tangan ghaib yang amat digemari oleh ‘penggila’ untuk jadi boneka, elauan yang tak terputus mahu pun takhta yang disanjung :

  1. Boleh mengawal orang-orang politik yang lemah
  2. Menentukan angka untuk menakutkan orang ramai
  3. Mudah memanipulasi orang ramai dengan kuasa media
  4. Menentukan hala tuju negara di sebalik tabir
  5. Tidak perlu keluar muka dan buat kerja penat-penat

Namun berapa ramai Melayu yang percaya pada tangan ghaib ini? Majoriti ramai yanag menolak. Elakkan nanti siap kena dituduh apa yang penulis ini mengarut, minum ketumkah, terkena gam cap senapangkah, gila isimkah?

Maklumlah.. orang kita gemar bercakap tentang apa yang dia nampak. Tak ikut sains dan logik akal, semua jadi tak betul. Adakah mereka ibarat kaum Nabi Nuh yang suka lekeh-memperlekeh? Wuallahualam!

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button