Hiburan

Airmata jantan Lah Ahmad gugur atas pentas persembahan

PENYANYI Lah Ahmad membuka kisah, beliau amat rapat hubungan dengan rakan artis wanita yang telah kembali ke rahmatullah.

Menurut Lah, dua rakan artis tersebut ialah Allahyarhamah penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan Adibah Noor.

Di atas pentas persembahan Konsert 25 tahun Lah Ahmad bertempat di Pj PAC 1 Utama, Lah gagal menahan air matanya semasa mendendangkan lagu Di pintu Syurga.

Secara tiba-tiba, Lah Ahmad menangis dan katanya, dia sedih mengenangkan pemergian rakan seperjuangannya, Siti Sarah dan Adibah.

“Keakraban kami terjalin kerana kami sering bertukar-tukar pandangan pendapat tentang industri muzik tanah air.
“Oleh itu, ketiadaan mereka membuatkan saya rasa sedih dan kesedihan itu masih dirasakan hingga ke saat ini,” kata Lah.

Konsert berupa persembahan Lah selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari lalu menyaksikan beliau menyampaikan 18 lagu untuk para peminat yang hadir menyaksikan aksi beliau.

Pada persembahannya, Lah turut mengundang artis muka baharu seperti Aina Abdul, penyanyi rap B-Heart dan Shazzy untuk berkongsi pentas. Turut diundang, artis nasyid berkumpulan, In Team.

Lah yang dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu berentak R&B berjaya memberi satu persembahan yang memuaskan hati para peminatnya di Konsert 25 Tahun Lah Ahmad. – SM

(Visited 1,012 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button