fbpx
Uncategorized

Zed Zaidi antara empat didakwa kerana buat kenyataan cetus kegentaran awam

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil hari ini adalah antara empat individu didakwa di Mahkamah di sini kerana membuat kenyataan berhubung COVID-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.

Pada 31 Jan lalu, Presiden Seniman itu, yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus di Cyberjaya.

Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia – All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuatnaik  menerusi akaun Facebook dan Twitternya. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button