Belang Bertempat

Lim Kit Siang bangkitkan lagi mengenai orang bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri

LIM Kit Siang (LKS) sekali lagi menyuarakan sikap chauvinisnya mengenai orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. Alasannya, dalam Perlembagaan tidak ada halangan, Prinsip Rukun Negara dan Wawasan 2020. Apapun alasan yang diberi, banyak lagi alasan yang tidak boleh bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Demikian kata Presiden parti PUTRA, Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataannya.

Dari segi sejarah, kata Ibrahim, Malaysia ialah bumi Melayu. Asalnya Persekutuan Tanah Melayu. Agama Persekutuan adalah Islam dan Islam adalah orang Melayu mengikut Perlembagaan.

“Ketua Negara ialah DYMM SPBYDPA dan Ketua Agama Islam. Negeri mempunyai Raja-raja Melayu. Adat istiadat adalah mengikut budaya Melayu.

“Manakala pendududuk Malaysia 60% lebih adalah orang Islam dan Melayu. Mustahil bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Lafaz Sumpah dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanrrahim dan lain-lain peraturan istiadat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai kaum minoriti, belajarlah hidup harmoni dengan kaum majoriti.

“Orang Melayu Singapura tidak minta jawatan Perdana Menteri walaupun asal usul Singapura adalah negeri Melayu. Dulu dikenali Temasek. Tidak perlu untuk dihurai dengan panjang lebar lagi.

“Apapun saya berterima kasih kepada LKS kerana apabila beliau menyatakan bukan Melayu boleh jadi PM maka lagilah kuat orang Melayu menolak DAP dan benci DAP.

“Ibarat orang mengantuk disorong bantal. Saya adalah orang yang paling gembira apabila orang Melayu tolak DAP,” ujar Ibrahim panjang lebar.

Tambah beliau, orang Melayu adalah bangsa yang cerdik. Orang Melayu tahu bahaya DAP kerana Dasar Malaysian Malaysia dan Deklarasi Setapak.

Kata Ibrahim lagi, orang Melayu Malaysia telah mengambil pengalaman rakyat Palestin dan Melayu Singapura.

“Orang Melayu tolak DAP tetapi Orang Melayu menerima kaum Cina sebagai rakyat Malaysia yang mendokong Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

“Cuma adalah segumpal Melayu liberal yang bersikap semua boleh. Melayu yang gila kuasa, Pangkat dan Harta.

“Tetapi majoriti Melayu masih ada jati diri dan bersemangat patriotisme. Melayu tulen adalah Melayu warisan Mat Kilau dan Tok Janggut,” katanya dalam kenyataan yang sama. – SM

BACA Setelah 56 Tahun Berkecimpung, Lim Kit Siang Umum Undur Diri Dari Persada Politik!

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button