Belang Bertempat

Tak perlu ilmu khasyaf, budak-budak pun tahu hujung tahun memang hujan

Tok Mat atau Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presden UMNO yang jarang menunjukkan kebodohannya.

Tapi kali ini terserlah kebodohannya apabila dia mengulas isu pilihan raya di musim tengkujuh.

Tak perlu ilmu khasyaf untuk ketahui hujung tahun ialah musim tengkujuh dan hujan lebat menyebabkan banjir.

Budak kecil pun tahu. Tak perlu kajian sebagainya.

Dan lebih malang kos untuk mengatur pilihan raya umum ialah RM1 bilion. Kalau banjir habis duit dibuang dalam banjir.


Bukannya rakyat tak tahu taktik Tok Mat, kalau banjir dia akan gunakan bencana ini untuk menunjukkan keprihatinan.

Sedangkan itu memang tanggunjawab kerajaan menyantuni rakyat.

Sudah-sudahlah Tok Mat “membongak rakyat”.

Tak serikkah kalah teruk pada pilihan raya lepas kerana dibuat pada hari rabu?

(Visited 813 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button