Belang Bertempat

Kejayaan Kerajaan Keluarga Malaysia di mata, hati rakyat

PADA 21 Ogos 2021, adalah merupakan Hari Bersejarah Negara Malaysia apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Al-Sultan Abdullah, Yang DiPertuan (YDP) Agong memberi perkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 18 Ogos 2021, seramai 114 Ahli-Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan nama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan dengan sokongan ini menjadikan Ismail Sabri mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan.

  1. Pada 21hb. Ogos 2022 ini, maka Genap Setahun pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia PM Ismail Sabri.

KEJAYAAN-KEJAYAAN KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA.

  1. Kerajaan Keluarga Malaysia ini mewarisi Peperangan menentang Pandemik Covid 19 daripada Kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan kesungguhan yang dilakukan.

Dengan semangat kental dan Strategi Pemberian Vaksin secara besar-besaran, Kerajaan Keluarga Malaysia ini berjaya membendung Pandemik daripada merebak dengan lebih teruk.

  1. Kejayaan berjaya memberi vaksin kepada Rakyat jelata negara ini, membuktikan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia berjaya menangani Pandemik Covid-19.

Data menunjukkan bahawa :

JUMLAH TELAH MENGAMBIL SATU DOS VAKSIN :

28.068 juta orang.

JUMLAH TELAH MENGAMBIL DUA DOS VAKSIN :

27.436 juta orang.

JUMLAH TELAH AMBIL BOOSTER :

16.182 juta orang.

JUMLAH KESELURUHAN YANG TELAH DIBERI VAKSIN DAN BOOSTER :

71.797 juta dos.

  1. Jumlah Rakyat Malaysia yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin mencecah hampir 97.7% peratus.

98.9% peratus telah mengambil sekurang-kurangnya satu dos.

  1. Manakala seramai 1.085 juta ataupun 30.6% peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah lengkap menerima vaksin.

    Ini membuktikan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia mengambil berat memberi pelindungan kepada rakyat Malaysia daripada virus Covid 19.

Ini juga membuktikan bahawa Kerajaan ini mengambil berat menyelamatkan nyawa rakyat dari terus terkorban akibat Pandemik Covid 19 yang melanda.

TRANSFORMASI POLITIK.

  1. Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan PM DS Ismail Sabri ini telah berjaya melakukan transformasi politik besar-besaran iaitu:

(i).  DS Ismail Sabri telah berjaya stabilkan situasi politik negara dengan menanda-tangani Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021 yang lalu, dimana ia turut memberi kesan yang baik kepada ekonomi negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen menegaskan bahawa walaupun pihak pembangkang menanda-tangani MOU tersebut, ini tidak bermakna Perdana Menteri akan mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kuasa.

Ia juga bukan isyarat Perdana Menteri boleh mengekalkan kuasa sampai bila-bila tanpa dicabar.

Anwar juga kata, MOU ini mencerminkan kematangan politik antara Kerajaan dengan pihak pembangkang dan tidak mewarisi sistem yang lapuk.

(ii).  Kesan yang baik terhadap ekonomi dibuktikan dengan jelas apabila Syarikat Gergasi SAMSUNG membuat pelaburan dengan membina kilang baharu di Negeri Sembilan untuk merintis Industri Sel Bateri Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia.

Pelaburan ini bernilai RM7 bilion.

Dan akan mewujudkan 1,300 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar dan dalam negara.

Walaupun keadaan politik stabil dan pelaburan sebesar RM7 bilion masuk ke dalam negara, masih lagi ada suara-suara sumbang yang mengatakan politik dan ekonomi negara tidak stabil.

Adakah mereka ini buta mata dan buta hati ?

(iii).  Kerajaan Keluarga Malaysia juga telah berjaya melakukan satu Transformasi Parlimen yang amat signifikan iaitu Meluluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dengan sokongan daripada 209 Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.

Ini bertujuan untuk stabilkan keadaan politik di negara ini.

(iv).  Manakala penubuhan Pasukan Jihad Tangani Inflasi mula tunjukan hasil positif.

Data jelas menunjukkan bahawa Kadar Inflasi Malaysia berada pada paras 2.8% peratus adalah kadar yang terendah didalam negara-negara ASEAN dan berada ditangga 165 daripada 184 negara diseluruh dunia (data as of June 2022).

Pasukan ini yang diujudkan pada 29 Jun lalu, di Pengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.
Jawatakuasa ini turut dianggotai oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul, Menteri Pertanian, Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan KSN Mohd. Zuki Ali.

Jawatankuasa ini jelas memperlihatkan keberkesanannya menerusi perancangan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pemberian subsidi oleh Kerajaan, pemantauan dan penguatkuasaan harga barang.

Penubuhan pasukan ini amat relevan didalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Antara usaha yang bijak ialah keputusan menetapkan harga maksimum minyak masak menerusi kaedah mewartakan harga minyak masak botol mengikut undang-undang sedia ada, mengikut harga pasaran minyak sawit mentah dunia.

Sesungguhnya penubuhan Pasukan Khas ini dalam menangani inflasi akan lebih berkesan sekiranya skop bidang kuasa pasukan ini diperluaskan dan diperkasakan.

Idea dan pelaksanaan Pasukan Jihad Inflasi ini oleh Perdana Menteri jelas kelihatan satu pendekatan rentas Kementerian yang holistik dan terbaik.

  1. Begitu banyak kejayaan-kejayaan Kerajaan Keluarga Malaysia ini sekiranya mahu dikupas satu persatu.

Begitu banyak kejayaan-kejayaan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri DS Ismail Sabri ini.

Namun, ada segelintir rakyat dan pemimpin politik, lebih sukakan berita-berita sensasi daripada berita yang bersandarkan kepada Fakta.

  1. Komitmen Kerajaan Keluarga Malaysia mengutamakan Kebajikan dan Kepentingan Rakyat amat dihargai

Komitmen Kerajaan memastikan Kadar Inflasi berada pada kadar yang rendah amat dihargai, walaupun Kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukkan sebanyak RM77.7 bilion setakat hari ini.

  1. Sesungguhnya, Rakyat perlu celikkan mata menilai usaha-usaha Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet menangani Pandemik Covid, Kos Sara Hidup dan Inflasi.

Jangan terpedaya dengan Propaganda Cyber-Trooper DAP dan Rafizi dari PKR yang sering menggunakan naratif Kerajaan Gagal dan Kerajaan Tidak Berjaya membendung kenaikkan Kos Sara Hidup.

Ini semua adalah satu pembohongan.

Negara Malaysia berada di tangga 165 daripada 184 Negara seluruh dunia dengan kadar inflasi antara paling terendah di dunia.

  1. Sesungguhnya, rakyat jangan terpedaya dengan saranan sesetengah Ahli Politik Negara yang mengutarakan kenyataan bahawa politik negara ini tidak stabil. Sokongan 209 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri membuktikan ini juga satu pembohongan.

Manakala naratif kononnya pelabur takut untuk masuk ke Negara Malaysia, juga satu pembohongan.

Jelas terbukti SAMSUNG melabur RM7 bilion di Malaysia baru-baru ini.

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PENTADBIRAN KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA PM DATUK SERI ISMAIL SABRI. – SM

(Visited 581 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button