Jenayah

Cubaan seludup diesel bernilai RM16,000 ke Thailand dipatahkan

ADA bot bukan untuk menangkap ikan tetapi sengaja digunakan bagi melakukan kerja terlarang hanya untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.

Salah satu tektik adalah mengubahsuai tangki minyak sedia ada supaya dapat diisi dengan lebih banyak lagi diesel untuk diseludup ke negara jiran.

Tangki minyak di bawah rumah kemudi yang diubahsuai. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis.

Kecekapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis yang menahan sebuah bot nelayan Kelas C dengan nombor pendaftaran PSF 2357 sekitar pukul 6.00 petang semalam di perairan Kuala Perlis, Perlis telah membongkar tektik ini.

Sekaligus ia membawa kepada rampasan minyak diesel sebanyak 8,000 liter yang bernilai RM16,000.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, rampasan terbabit adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP).

“Bot nelayan kelas C tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 0.4 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis, Perlis ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang dalam rondaan Op Aman/Op Tiris,” katanya.

Tangki minyak bot yang telah diubahsuai. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis.

Tambahnya, operasi ini juga mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, seorang suspek didapati melarikan diri ke atas jeti.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot mendapati, bot tersebut telah diubahsuai dengan menambah ruang tangki minyak di bawah rumah kemudi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, dan minyak diesel sekitar RM216,000.

BACA> Maritim gagalkan cubaan seludup rokok keretek bernilai RM2.95 juta

Katanya kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana mengubahsuai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi.

Tambahnya, bot dan hasil tangkapan dibawah ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan minyak diesel bersubsidi.

Sebarang aduan di perairan Perlis, salurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button