Hiburan

Bedah siasat: Ada pasir dalam paru-paru Tangmo

LAPORAN bedah siasat autopsi ke atas mayat aktres Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong yang mati lemas selepas dikatakan terjatuh dari bot yang dinaiki bersama pembantu peribadinya dan empat individu lain mendapati, ada pasir dalam paru-paru Tangmo.

Laporan autopsi itu dikeluarkan oleh Institut Perubatan Forensik, Hospital Umum Polis di Bangkok.

Ibu Tangmo, Panida Sirayutthayothin berkata, kematian anaknya bukanlah satu kemalangan.

“Ada orang yang tidak puas hati dengan Tangmo, berada di situ (tempat kejadian)” kata Panida.

Tangmo yang juga seorang model, merupakan salah seorang selebriti popular di negara kelahirannya terutama dalam industri hiburan.

Beliau turut berlakon dalam filem berjudul The Fallen Leaf dan dalam drama berantaian, Bangkok Love Stories: Innocence.

Apa yang menjadi kemusykilan dalam kalangan peminat Tangmo dan netizen ialah mengapa selepas dua hari dia terjatuh dari bot yang dinaiki, baharu berita itu disampaikan oleh pembantu peribadinya.

Usaha mencari pula dijalankan dan selepas 38 jam, mayat Tangmo ditemukan terapung di Sungai Chao Praya.

Mayat Tangmo ditemukan kira-kira 300 meter dari Jeti Pibulsongkram, Wilayah Nonthaburi.

Laporan mengatakan, pemilik bot yang dinaiki Tangmo, Tanupat Lerttaweewit dan pemandu bot itu, Paibul Trikanchananan berhadapan dengan tindakan atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Tanupart juga berhadapan dengan pertuduhan tambahan iaitu mengendalikan operasi bot menggunakan lesen yang tidak diperbaharui. – SM

(Visited 629 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button