Belang BertempatNasional

Kisah Tek Tarik : Apabila Bangla Bertemu Dengan India, Akhirnya Bercakap Bahasa Melayu!

Penulis sempat keluar untuk beli sedikit barangan dapur. Maklumlah semenjak duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penulis memang jarang dan terus malas nak keluar rumah.

Selepas beli stok bekalan makanan untuk seminggu, penulis singgah ke sebuah kedai mamak yang selalu menjadi ‘port’ lepak budak-budak muda yang tak mampu beli data sendiri, kecuali pinjam wifi.

Sampai di kedai mamak tersebut, penulis minta teh tarik ikat tepi walupun rakyat Malaysia lebih suka teh ais ikat tepi. Penulis yang nak minum, tak payahlah orang lain nak sibuk. Betul tak?

Cerita penulis beli teh tarik ikat tepi bukanlah kisah yang ingin diangkat sebaliknya semasa penulis menunggu teh tarik disiapkan, datang seorang lelaki warganegara Bangladesh.

Masuk sahaja ke kedai mamakn tersebut, pekerjanya bingkas bangun dan menghampiri lelaki Bangladesh berkenaan untuk mengambil pesanan seperti biasa.

Dari jauh mahu pun dekat, warna kulit lelaki Bangladesh dan pekerja mamak itu langsung tiada beza. Hampir serupa. Kita yang disebelah pun gagal untuk membuat diskriminasi.

Sampailah apabila lelaki Bangladesh berkenaan buka mulut dan bercakap dalam bahasa Bangladesh untuk memesan minuman, pekerja mamak tersebut jadi terpinga-pinga.

Akhirnya pekerja mamak itu berkata, “You cakap apa? Saya tarak faham.”

“Err.. err.. macam mana mau cakap ah.. Teh halia satu, teh ais kurang manis satu,” balas lelaki Bangladesh tersebut.

Melihat situasi tersebut penulis bersoal dalam hati, “Punyalah susah nak diskriminasi, Bangla ni pun tak reti nak beza siapa Bangla, siapa India? Mujur reti cakap bahasa Melayu.”

Teh tarik ikat tepi penulis pun sampai dan penulis pun beredar dari kedai mamak tadi. Lalu segera masuk ke dalam kereta dan, “Auchh.. panas!”

Penulis lupa yang disedut itu adalah teh tarik, bukannya teh ais ikat tepi. Maklumlah, Melayu kan mudah lupa? Nak berjuang untuk Melayu atau nak berjuang demi Islam? Tiada sesiapa pun yang akan ingat!

(Visited 997 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button