Berita

Jangan abai kesihatan haiwan – Raja Muda Perlis

Kesihatan haiwan adalah penting bagi menjamin kesihatan manusia sejagat. Kebajikan haiwan perlu dijaga kerana imej negeri, negara dan rakyat sering diukur dari sudut ini.

Kesihatan awam juga adalah aspek penting dan perlu dijaga dalam hubungan antara haiwan dan manusia agar penyakit berjangkit seperti rabies serta penyakit bawaan makanan seperti salmonella dan sebagainya dapat dibendung.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah meninjau kawasan memelihara rusa di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat ketika menyertai kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ Bilangan ke 27 bagi tahun 2021 ini yang bermula dan berakhir di Dataran Masjid Ar-Raudhah Sungai Batu Pahat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tidak ketinggalan meraikan sambutan ‘Hari Veterinar Sedunia’ bersama-sama rakan strategiknya dalam aktiviti yang disambut setiap tahun pada sabtu terakhir bulan April itu. Tahun ini ianya disambut pada 24 April 2021 di seluruh dunia dengan objektif untuk mempromosikan kesihatan dan kebajikan haiwan serta kesihatan awam menerusi pendekatan ilmu kefahaman melalui pelajaran serta kerjasama dengan pihak-pihak yang berwajib.

Sempena program berkenaan juga Tuanku Raja Muda turut berkenan singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyampaikan bantuan sumbangan agihan zakat MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga terus mengingatkan kepada seluruh rakyat Perlis supaya mengambil serius akan keadaan Covid-19 semasa dan hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button