Nasional

Lelaki mengamuk pecahkan cermin kereta guna kayu rupanya positif dadah

POLIS mengesahkan empat suspek yang terlibat dengan kes buli jalan raya dengan mengamuk sambil memecahkan cermin kerta menggunakan kayu pada semalam positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 semalam dan rakaman video kejadian tersebut yang dirakam mangsa turut tular di laman sosial.

“Kejadian berlaku di Taman Sentosa Klang melibatkan mangsa berusia 25 tahun yang berkerja di agensi pekerjaan dan dalam perjalanan untuk menghantar sepupunya ke Pelabuhan Klang.

“Namun, secara tiba-tiba kenderaan mangsa telah dilanggar dari arah belakang kenderaaan yang dinaiki oleh kesemua suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Amar, suspek kemudian telah keluar daripada kereta dan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan kayu.


Ujarnya, mangsa juga telah ditarik keluar daripada kereta manakala telefon bimbit milik sepupu mangsa juga telah dirampas.

“Kesemua suspek bagaimanapun telah ditahan kita-kira pukul 7 malam hingga 11 malam semalam.

“Mereka berusia antara 23 hingga 35 tahun itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya. -SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button