Nasional

Covid-19: Kompaun serta merta jika langgar SOP

POLIS Diraja Malaysia dibenarkan untuk mengeluarkan kompaun serta merta di lapangan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran untuk mengambil tindakan itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Kompaun serta-merta ini boleh dikeluarkan oleh anggota PDRM berpangkat inspektor dan ke atas,” kata Ismail Sabri dalam sidang video sebentar tadi.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia telah menahan 357 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 320 individu telah dikompaun dan seramai 35 individu pula direman dan 2 dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (167), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (123), penjarakan fizikal (34), gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah (23), keluar rumah di kawasan PKPB tanpa kebenaran (5) dan melanggar perintah kuarantin (5)

Sementara itu, Jabatan Penjara Malaysia telah diminta untuk membentangkan prosedur operasi standard yang baharu berikutan peningkatan kes Covid-19 melibatkan penjara dan pusat tahanan.

Antaranya termasuk SOP bagi membawa tahanan ke Mahkamah untuk dituduh dan SOP pemindahan tahanan ke penjara yang lain.

Ismail Sabri berkata, perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara pagi tadi.

“Semalam sahaja, daripada 691 kes Positif COVID-19 yang direkodkan, 394 kes adalah dari Kedah yang mana melibatkan kes dalam penjara dan 7 lagi dari pusat tahanan perlindungan Taiping.

“Ini bermakna sejumlah 401 kes ini hanya melibatkan dalam penjara yang tidak mempunyai
hubungan dengan masyarakat luar.

“Selain itu, 219 kes adalah daripada zon merah di Sabah yang mana kawasan ini telahpun dikawal oleh pihak berkuasa dan saringan sedang dilaksanakan. Selebihnya hanya 71 kes melibatkan penularan dalam
komuniti,” kata Ismail Sabri.-SM

 

 

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button