fbpx
Nasional

Lelaki ini hempas kucing kerana didakwa tidak mahu makan

SEORANG lelaki tergamak menghempas seekor kucing jalanan kerana tidak mahu makan makanan yang diberikannya.

Menariknya, lelaki yang sama juga sebelum ini sering memberi kucing tersebut makanan.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu status di Facebook mereka berkata, kejadian dipercayai berlaku pada semalam kira-kira pukul 2.20 petang.

“Ini adalah kejadian kedua hempas kucing berlaku dan kali ini berlaku di Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

“Kita menerima maklumat berkenaan daripada orang ramai dan memohon saksi utama tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.


Sebelum ini, pada 22 September lalu seorang lelaki menyerah di ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung tindakannya melempar seekor kucing ke lantai.

Perbuatan suspek melempar kucing itu mendapat kritikan orang ramai selepas aksinya itu dirakam kamera litar tertutup dan tular di laman sosial.

Kejadian difahamkan berlaku di kawasan meletak kenderaan deretan kedai yang terletak di Jalan Rejang, Setapak, Kuala Lumpur.

Tindakan suspek juga dipercayai telah mengakibatkan beberapa kecederaan terhadap kucing yang mempunyai pemilik itu. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button