Rencah Hidup

Kucing pun boleh kena atritis

KUCING tidak banyak bergerak dan duduk di satu tempat begitu lama dan apabila bergerak ia kelihatan kaku. Ini menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengan haiwan kesayangan anda.

Tanda-tanda menunjukkan atritis atau radang sendi, kata Persatuan Jerman untuk Kesihatan Haiwan. Perubahan tingkah laku boleh menjadi petunjuk pertama.

Sekiranya anda dapati kucing anda mengalami radang sendi, inilah masanya untuk perjalanan ke doktor haiwan, yang boleh memberi ubat yang sesuai.

Jika penyakit itu tidak sembut pemilik kucing perlu membantu haiwan malang itu untuk menjalani hidup dengan selesa seperti menyediakan kotak tempat tidur yang lebih luas dan begitu juga kotak tempat dia membuang najis.

Sekiranya boleh, kucing harus didorong untuk terus aktif dengan berhati-hati, dan pemilik perlu mengawasi berat anak kucing mereka dengan membantu mengurangkan berat badan untuk mengelakkan tekanan kepada sendi. Terdapat juga pilihan untuk menyokong metabolisme sendi dengan diet khas yang boleh didapati di pasaran.

(Visited 704 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button