Nasional

MyJob@Wilayah tawar 3,529 peluang pekerjaan

PERTUBUHAN Kebajikan Sosial Pekerja, (Perkeso) melaporkan bagi tahun 2020, sebanyak 6,805 orang kehilangan pekerjaan bagi bulan Disember tahun itu.

Angka tersebut secara amnya disumbang oleh implikasi daripada penularan pandemik Koroanvirus (Covid-19) yang menyebabkan beberapa perusahaan kecil tutup atau mengecilkan operasi.

Walau bagaimanapun, ia dikatakan masih seimbang dengan tawaran pekerjaan atau jawatan kosong yang direkodkan oleh agensi kerajaan itu.

Justeru, bagi mengurangkan kesan kepada penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Program  Program Kemiskinan Bandar My5 Wilayah Persekutuan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menawarkan 3,529 pekerajaan

“Sehingga 31 Disember 2020 statistik data Perkeso merekodkan seramai 6,805 orang telah kehilangan pekeraan pada bulan Disember 2020.

“Dari segi pencari kerja, seramai 53,869 orang direkodkan berbanding lebih 170,000 kekosongan jawatan.

“Dalam usaha menangani masalah ini, saya difahamkan KWP menerusi MyJob@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal.

“Inisiatif pengambilan pekerjaan adalah meliputi pelbagai sektor dan industri.”

Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disiarkan secara langsung menerusi TV dan media sosial malam ini.

Program MyJob@Wilayah itu merupakan sebahagian daripada program Wilayah Prihatin iaitu My5 yang merangkumi MyJob@Wilayah, MyGrocer@Wilayah, MyShcoolBus@Wilayah, MyMedic@Wilayah dan MyFood@Wilauyah.

Dalam perutusan sama, beliau turut memaklumkan peningkatan pendapatan garis kemiskinan (PGK) nasional bagi penduduk di ibu kota meningkat kepada RM2,208.

Hal tersebut menyebabkan 400,000 isi rumah direkodkan berada dalam kategori pendapatan di bawah PGK.

“Berdasarkan tinjauan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2019 oleh jabatan Perangkaan Malaysia, PGK nasional telah meningkat.

“Oleh demikian, KWP secara tidak langsung turut menyediakan inisiatif-inisiatif yang memanfaatkan rakyat di Wilayah Persekutuan khsusunya,” katanya.

Beliau kemudian menghargai usaha yang dilakukan oleh KWP dan menganggap insiatif murni seperti itu perlu dilaksanakan dengan segera agar nasib rayat cepat dibela.

“Ini adalah inisiatif yang amat baik dalam usaha membina masyarakat yang informatif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Sekali lagi syabas saya ucapakan kepada KWP yang cakna dengan amalan norma baharu dan terus berusaha menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun terdapat kekangan secara fizikal,” ucapnya. – SM

 

(Visited 700 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button