Ekonomi

Jakel rasmi gedung baharu di Shah Alam

JAKEL terus  memperluaskan  penawaran  jualan  persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, di sini hari ini.

Gedung baharu itu terletak 200 meter dari premis lama  yang  sebelum ini  musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan  mampu  memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.

Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel ketika berucap bersama Nabil Ahmad dan Aaron Aziz di majlis perasmian gedung baharu Jakel di Shah Alam hari ini.

“Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa.

“Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik.

“Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri.

“Pada masa sama, orang ramai juga  berpeluang  untuk  dapatkan  produk  jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya.

Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos  Sara  Hidup,  pihaknya  turut  melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.

“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada  masa  sama  memastikan  semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri.

“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang  hanya  ditawarkan  dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” ujarnya.

Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma. – SM 

Artikel berkaitan > Kebakaran kedua Wisma Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj

(Visited 675 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button