Nasional

100 sertai webiner kursus Ultrasound dan Enchocardiography kebangsaan

Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju & Akut Serta Ultrasound Malaysia yang juga dikenali dengan nama ‘Malaysian Advanced Acute Internal Medicine & Ultra Sound Society (MAAIMUSS)’ dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan College of Physicians menganjurkan ‘The 1st National Ultrasound and Enchocardiography Course In The Era of Covid-19, 2020’ yang dilaksanakan secara webinar dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra Perlis pada selasa, 27 Oktober 2020.

Titah perasmian seminar selama sehari suntuk itu akan disempurnakan secara digital oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Demikian dimaklumkan oleh Presiden MAAIMUSS, Prof Datuk Dr Paras Doshi yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Dalaman Maju dan Akut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar selepas mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ke sesi taklimat program yang diadakan di HTF baru-baru ini.

Paras mewakili MAAIMUSS menjunjung setinggi-tinggi kasih dan mempersembahkan ucapan penghargaan di atas limpah perkenan Tuanku Raja Muda Perlis, yang sudi menerima pelantikan sebagai Penaung DiRaja persatuan berkenaan untuk tempoh selama 5 tahun bermula 15hb Oktober 2020 hingga 14hb Oktober 2025.

 

Menurut beliau, program ini menjadi begitu penting dengan kehadiran COVID-19. Kementerian Kesihatan telah memimpin perjuangan menentang COVID-19 ini dengan amat baik sekali. Program ini bertujuan bagi melengkapi usaha cemerlang tersebut. Diagnos dan rawatan segera kepada pesakit selain kes COVID-19 akan membolehkan sumber yang sangat terhad dapat disalurkan dan dimanfaatkan untuk pesakit-pesakit COVID-19.

Program ini juga dapat menjadi asas dalam mengenalpasti komplikasi berkaitan COVID-19 pada setiap pesakit dengan lebih pantas. Kursus ini adalah yang pertama kalinya di Malaysia – dengan latihan secara serentak melibatkan 100 orang pelatih.

Penyampaian modul teori atas talian akan disusuli dengan sesi latihan praktikal tempatan. Ini bermaksud pelatih kita dapat berlatih di mana sahaja mereka berada – dan ini sangat penting berikutan situasi semasa COVID-19.

Tambah Paras, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah memberi sumbangan besar dalam membimbing Advanced Acute Internal Medicine (AAIM) di Malaysia. Sokongan beliau adalah tonggak kepada kejayaan kongres AAIM ini dan pelancarannya telah dilaksanakan pada tahun 2016.

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button